Sabtu, 18 Jun 2016

MADEY BERJAYA NIAT BUSUKNYA DI #PRK KUALA KANGSAR/SG BESAR

PETALING JAYA: Datin Mastura Mohd Yazid yang berjaya mengekalkan kerusi Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Kangsar mahu segera mencurah khidmat kepada rakyat di kawasan P097.

Calon BN itu akan meneruskan legasi arwah suaminya, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga penyandang jawatan di Parlimen sama.
"Syukur atas ketentuan Allah. Saya berharap dapat segera berkhidmat untuk rakyat Kuala dan melunaskan janji yang dibuat sepanjang tempoh berkempen baru-baru ini," katanya ketika ditemubual secara langsung di TV3 sebaik keputusan pilihan paya kecil (PRK) diumumkan, Sabtu malam.

Bagaimanapun, kata Mastura, gerak kerjanya selepas ini akan berpandukan nasihat yang disampaikan ilmuan Islam termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Ditanya apakah mesej yang mahu disampaikan kepada pengundi Kuala Kangsar, Mastura berkata, beliau sangat berterima kasih kepada rakyat Kuala Kangsar yang memberi peluang untuk beliau berkhidmat di sini.
"Saya sangat-sangat berterima kasih dan ingin menzahirkan kasih sayang kepada rakyat Kuala yang memberi peluang untuk saya berkhidmat.
"Saya akan cuba sedaya upaya demi masa depan orang Kuala," katanya. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...