Salah
satu dakyah yang dimainkan oleh penentang pengambilan vaksin ialah vaksin
dikatakan boleh melumpuhkan umat Islam kerana ia merupakan antara satu daripada
agenda
Yahudi dalam mencapai cita-cita mereka untuk ‘mencacatkan’ Muslim seluruh dunia.
Namun, hari ini,
seorang doktor, Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir tampil membidas perkara itu
menerusi sebuah entri di Facebooknya, dengan memberikan fakta yang boleh
mematahkan dakwaan anti vaksin tersebut.
Dr. Abdul Rahman
menulis, “Vaksin adalah agenda Yahudi, Israel
dan Zionis untuk mencacat, membodoh dan menghancurkan manusia khususnya umat
Islam,” kata Valak-Valak antivaksin.
“Ironinya,
Israel merupakan negara yang paling tinggi kadar imunisasinya. Malah, jadual
imunisasinya antara yang paling padat dengan pelbagai vaksin tambahan yang
tidak diambil negara lain.
“Nampaknya,
Israel dan Zionis sedang aktif mencacat, membodoh dan menghancurkan diri mereka
sendiri,” tulisnya.https://www.facebook.com/photo.php?
Menerusi
link artikel yang disertakan sekali dalam post itu menyebut sebanyak 95 peratus
kanak-kanak di Israel mengambil suntikan vaksin untuk perkembangan imunisasi
mereka.
Mungkin
fakta terbaharu itu boleh membuka mata para ibu bapa agar jangan sesekali tidak
memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka kerana percayakan
cakap-cakap orang yang tidak mempunyai tauliah dalam bidang perubatan dan
kesihatan.
Semestinya
pakar perubatan lebih mengetahui sesuatu hal itu daripada orang yang hanya
bermodalkan Google untuk menegakkan sesuatu perkara yang dipercayai mereka.
Sebagai
contoh, semalam, Imam Muda Ammar telah memuat naik satu posting di akaun
Facebook miliknya tentang pengambilan vaksin kepada kanak-kanak.
Walau
bagaimanapun, status yang ditulis oleh Imam Muda Ammar telah mencetuskan
kemarahan dan dikritik teruk oleh netizen.
Imam
Muda Ammar mempertikai dan memperlekeh pengambilan vaksin dengan mendakwa
vaksin tidak akan membantu melambatkan kematian seseorang.
Sumber: KLIK DISINI