Sabtu, 11 Jun 2016

DAP DALANG HURU-HARA PRK SUNGAI BESAR

Pakatan Harapan Huru-Hara, Rugi Jika Rakyat Sg.Besar Undi Calon Mereka.

SUNGAI BESAR – PAS Selangor menyifatkan Pakatan Harapan sebagai pakatan huru-hara berikutan kenyataan tiada koordinasi antara jentera, punca papan iklan bersifat tohmahan dan provokatif di sekitar kawasan pekan Sekinchan di sini, Rabu lalu.
Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Samad berkata sekiranya Pakatan Harapan tidak mampu menguruskan perkara kecil seperti itu, adalah satu kerugian bagi pengundi di kawasan itu mengundi calon mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.
“Mengapa rakyat perlu mengundi mereka apabila perkara-perkara penting seperti itu, mereka gagal bincangkan, Pakatan Harapan sepatutnya membetulkan masalah dalamannya,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini hari ini. – BERNAMA



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...