Kerajaan negeri Terengganu akan
mempertingkatkan aspek kebersihan di semua gerai
makanan di sekitar Pantai Batu Burok ke Kelas A.
Menteri Besar,
Ahmad Razif Abd Rahman berkata ianya merupakan salah satu usaha untuk
menjadikan keseluruhan peniaga di Terengganu supaya gerai mereka dapat
dipertingkatkan dari segi aspek kebersihan.
Beliau berkata,
bagi gerai-gerai yang tidak mendapat Kelas A, mereka akan dikenalpasti
punca-puncanya.
“Bagi
gerai-gerai yang belum mencapai Kelas A, mereka akan diberi motivasi, kursus
dan sebagainya.
“Kerajaan negeri
akan memastikan bahawa mereka diberi penerangan dan motivasi serta kursus
sehingga akhirnya kita akan dapat istiharkan gerai makan di Pantai Batu Burok
itu berkelas A,” katanya.
Beliau ditemui
pemberita pada majlis Pelancaran Kempen Kebersihan dan Keselamatan Makanan
serta Nafas Baru Bermula Ramadan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.
Sumber: bersambung KLIK SINI