Memaparkan catatan dengan label MB Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MB Selangor. Papar semua catatan

Khamis, 11 September 2014

"Santiago bukan Tak Reti Isu Air" tapi BODOH ???


SHAH ALAM:  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas kenyataan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mempertikaikan kredibiliti beliau menandatangani perjanjian air dengan kerajaan Persekutuan.

Khalid berkata, wakil rakyat DAP itu sepatutnya meneliti fakta perjanjian air tersebut sebelum membuat kenyataannya kepada media.
"Dia (Santiago) tak reti" (Klik) sama macam isu dia tak reti pasal air beracun di kolam takungan.
"Sebagai golongan profesional mereka sepatutnya meneliti fakta terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan. Jika tidak kita tidak lihat mereka sebagai pemimpin yang membantu membangunkan komuniti dan negara.
"Asyik tembak sini saja je... tak beri nilai tambah walaupun nampak sibuk, tapi tak beri manfaat kepada rakyat, " katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Idris Shah pada Rabu.

Isnin, 28 Oktober 2013

KHALID IBRAHIM DISINGKIR DARI JAWATAN MB SELANGOR??


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menafikan dakwaan bahawa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan mengambil alih tempat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Anwar berkata, tiada sebarang keperluan untuk melakukan pertukaran itu keranamendakwa pentadbiran Selangor adalah antara yang baik di negara ini, selain Pulau Pinang.
"Kalau ada pengambilan alih, sudah tentu saya akan tahu. Ini suratkhabar yang lebih tahu tentang apa yang berlaku," katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Rakyat, di sini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu sebelum ini berhubung desas-desus Mohamed Azmin bakal menggantikan Abdul Khalid selepas beberapa pihak dalam PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Menteri Besaritu.
Abdul Khalid turut dikritik Anwar baru-baru ini kerana menyifatkan Menteri Besar Selangor itu sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik.
Mengulas mengenai kritikan itu, Anwar berkata: "Abdul Khalid lantik saya untuk jadi penasihat, sebab itu saya tegur. Saya bertanggungjawab mengingatkan (Abdul Khalid)".
Mengambil contoh jalan raya yang berlubang di Selangor, Anwar berkata adalah lebih baik jika wang lebihan perolehan dibelanjakan untuk menyediakan infrastruktur lebih baik dan dibelanjakan kepada pendidikan.
"Setiap minggu saya terima aduan tentang jalan di Shah Alam. Jadi saya tegur Abdul Khalid untuk jaga-jaga pegawai yang bagi laporan semua baik, sedangkan sebenarnya berlopak-lopak." - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...