MARANG 9 Jun - Penduduk di kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Rhu Rendang bakal menikmati kediaman lebih selesa dengan
pembinaan 1,000 unit rumah mampu milik yang dilaksanakan kerajaan di
Kampung Bukit Gasing dekat sini.
Pegawai Pembangunan DUN berkenaan, Nik Dir Nik Wan Ku berkata,
daripada jumlah itu, 400 unit rumah akan siap dibina dalam masa terdekat
manakala 200 unit lagi menyusul beberapa bulan lagi.
Beliau memberitahu, sementara baki 400 unit lagi rumah jenis itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan.