KUALA LUMPUR 2 Okt. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia kini sudah siap siaga untuk menghadapi krisis ekonomi global semasa berikutan pengalamannya menangani krisis ekonomi Asia pada lewat 1990-an.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan memberi respons secara positif dengan tadbir urus, permodalan dan kecairan mengendali krisis pada masa itu.
"Risikonya masih ada. Tetapi, syukur kejayaan kerajaan menguruskan ekonomi bermakna Malaysia bernasib baik dapat muncul dari krisis kredit pada satu kedudukan yang kukuh secara relatifnya," katanya.