KUALA NERUS - Kerajaan Terengganu akan mengambil langkah untuk memperketat
prosedur pengeluaran sijil nikah di negeri ini bagi mengelak berulangnya
pengeluaran sijil nikah palsu.
Sambil menegaskan kerajaan negeri tidak bertolak ansur dengan
jenayah pemalsuan sijil nikah, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul
Rahman berkata, pasangan yang mendapatkan sijil nikah palsu diminta
menyerahkannya kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan
memohon dokumen sah.
"Selepas ini, kita akan lebih berhati-hati dan memastikan
proses mengeluarkan sijil nikah dibuat dengan lebih teliti
dan ketat. Kita mahu pastikan semua prosedur
diikuti, tanpa ada unsur penipuan yang mencurigakan.
