KUALA TERENGGANU - Tiga
pengurus kilang papan dan seorang pemandu direman
selama lima hari sehingga 16 September ini, bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah kepada penguat kuasa Jabatan Perhutanan
Negeri Terengganu (JPNT) pada Mei hingga Ogos lalu.
Keempat-empat
suspek itu ditahan dalam Ops Timba dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), kelmarin selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti
pembalakan haram di sekitar negeri ini.
Perintah
reman terhadap keempat-empat suspek itu dikeluarkan semalam oleh Penolong Kanan
Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret, Noradila Ab Latiff bagi membolehkan
siasatan lanjut mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) 2009 dijalankan.
Sebelum itu, kesemua suspek tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala
Terengganu kira-kira jam 9.30 pagi semalam, sambil diiringi pegawai SPRM.
