Pengerusi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, didakwa sebagai DUA
INDIVIDU penting
yang MENGHALANG PENTADBIRAN ISLAM dilaksanakan di Kelantan dan
Terengganu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang, berkata Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu di bawah
pentadbiran PAS meluluskan undang-undang jenayah syariah yang bersifat mendidik
masyarakat, masing-masing pada awal serta penghujung 1990-an.
Beliau berkata, bagaimanapun mereka
tidak dapat melaksanakannya kerana ditentang oleh Dr Mahathir dan Anwar yang
ketika itu adalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
"Tiba-tiba bila dah lulus, Dr
Mahathir hantar surat kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat memberi
amaran supaya jangan laksanakan... kalau laksanakan undang-undang itu, Kerajaan
Pusat akan bertindak.
