Memaparkan catatan dengan label Mat Rempit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mat Rempit. Papar semua catatan

Selasa, 12 Ogos 2014

LANGKAH AWAL MENANGANI MAT REMPIT


KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri tidak akan mengambil langkah ‘keras’ sebaliknya mengambil pendekatan untuk lebih mendengar dan memahami bagi mengatasi masalah rempit di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sebagai langkah awal beliau sendiri sudah berjumpa dengan beberapa wakil mat rempit dan akan membuat perjumpaan susulan dalam bentuk bengkel, bagi mengenal pasti masalah sebenar.

Malah katanya, kerajaan negeri memberi peluang golongan berkenaan menyertai program sambutan hari kemerdekaan yang akan dibuat pada 30 Ogos ini.

“Program itu akan dibuat di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini dan kita telah bersetuju ia akan dilaksanakan oleh kumpulan mereka sendiri.

Selasa, 1 November 2011

Pengguna motosikal: Operasi besar-besaran JPJ tahun 2012

Image Detail

KUALA TERENGGANU 31 Okt. – Mulai tahun depan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara memandangkan kadar kemalangan pengguna motosikal semakin kritikal.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, perkembangan ini boleh dilihat pada data-data Ops Sikap sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini yang menyaksikan kemalangan membabitkan pengguna motosikal meningkat kepada 61.6 peratus berbanding 59.7 peratus pada tahun lepas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...