Selasa, 1 November 2011

Pengguna motosikal: Operasi besar-besaran JPJ tahun 2012

Image Detail

KUALA TERENGGANU 31 Okt. – Mulai tahun depan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara memandangkan kadar kemalangan pengguna motosikal semakin kritikal.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, perkembangan ini boleh dilihat pada data-data Ops Sikap sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini yang menyaksikan kemalangan membabitkan pengguna motosikal meningkat kepada 61.6 peratus berbanding 59.7 peratus pada tahun lepas.

"Kalau kita tengok dalam tempoh 2001-2010, kadar kemalangan maut di kalangan pengguna motosikal ialah 58.2 peratus,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Inovasi JPJ Peringkat Negeri Terengganu di sini hari ini.

Ismail berkata, memandangkan masalah motosikal begitu kritikal di Terengganu, negeri itu dipilih sebagai perintis operasi tersebut diikuti negeri-negeri yang lain dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, hasrat JPJ untuk mengurangkan kadar peratus kemalangan maut tidak akan berjaya sekiranya ada peningkatan kemalangan di kalangan pengguna motosikal. – Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...