Khamis, 10 November 2011

KEPRIHATINAN TERHADAP MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN BANTUAN



Rhu Rendang 09/11/2011 - Keprihatinan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang - Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku terhadap masyarakat yang memerlukan perhatian dan bantuan, bersama-sama Timbalannya - En. Anuar Yahya, Ketua Pemuda, Ketua Pergerakan Wanita/Puteri serta AJK yang lainnya telah mengadakan kunjungan ke beberapa buah rumah pesakit yang mengidap penyakit kronik disekitar Kg. Penempatan Baru Sungai Kerak, Marang, Terengganu bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.


Disamping berkunjung, bantuan berupa barangan keperluan serta wang ringgit juga dihulurkan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pesakit serta keluaraga, selain daripada membantu untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada yang belum menerimanya.

Kunjungan kerumah yang dimaksudkan itu adalah:

1) Puan Jahani binti Ismail, 64 tahun mengidap penyakit kanser payu dara sejak beberapa tahun.  Pembedahan telahpun dijalankan di Hospital Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu.  Sehingga kini rawatan susulan masih lagi diperlukan sebanyak 20 kali bagi setiap bulan.

Tuan Haji Nik Dir sedang mendengar luahan hati daripada Puan Jahani (berbaju biru)

2) Puan Kelsom binti Omar, 68 tahun, mengidap penyakit kencing manis sejak beberapa tahun yang lalu. Masih lagi menerima rawatan daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.


3) Puan Maimunah binti Embong, 65 tahun, juga mengidap penyakit kencing manis dan masih menerima rawatan susulan di HSNZ Kuala Terengganu.


4) En. Wan Husin bin Wan Mahmood, 61 tahun, mengidap penyakit kencing manis dan jantung. Tiada mempunyai pekerjaan kerana keuzuran serta mempunyai 3 orang anak, isteri telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.


5) Puan Aminah binti Omar, 74 tahun, mengidap penyakit tua dan tidak mampu untuk menjalankan kerja-kerja harian dan dibantu oleh suaminya En. Salleh bin Mamat, 63 tahun bagi menyediakan makanan untuk isterinya.



6) En. Yong bin Abu Bakar, 72 tahun mengidap penyakit tua dan tidak mampu untuk berjalan, dimana kakinya lumpuh. Tinggal bersama anak perempuannya berumur 50 an. Dua anak lelakinya pula baru saja meninggal dunia akibat mati lemas.






7) En. Ngah bin Mohd, 73 tahun tinggal bersama isteri Puan Fatimah binti Abdullah, 68 tahun dan seorang anak lelaki (OKU) adik Anuar Ngah, 24 tahun.  Ngah atau lebih dikenali dengan Ngah 5 minit tiada mempunyai pekerjaan yang tetap hanya bekerja sambilan sebagai nelayan (awak2) diperairan laut Marang dengan pendapatan lebih kurang RM450.  Namun begitu keluarga ini menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meringankan beban yang ditanggung.




Tuan Haji Nik Dir telah mengarahkan supaya kerosakkan rumah Ngah akibat ribut yang melanda beberapa bulan yang lalu akan dibaikpulih dengan seberapa segera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...