Sabtu, 5 November 2011

AKIBAT KELEWATAN MENDAPATKAN RAWATAN HOSPITAL KAKI DIPOTONG


Rhu Rendang 04/11/2011 - Baru enam kejadian berlaku En. Jusoh bin Rani, 54 th telah terpijak paku berkarat dirumah beliau. Beliau kemudiannya telah mendapatkan rawatan di Klinik Swasta berdekatan dan hanya diberi suntikan oleh Dr berkaitan. Keenganan beliau untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kerajaan, menyebabkan tapak kaki beliau mulai bertukar warna hitam akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya.


Namun begitu En. Jusoh mendapati tapak kakinya semain sakit dan menjadi hitam. Beliau seterusnya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, satelah enam hari kejadian berlaku, Dr yang merawatnya memaklumkan bahawa kaki beliau perlu dipotong akibat kecederaan yang serious kerana beliau ada mengidap penyakit kencing manis. Tidak dapat hendak dikatakan lagi hanya Allah S.W.T yang mengetahuinya.



Lawatan turut diadakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku ke rumah pesakit dan menghulurkan bantuan berupa kerusi roda dan barangan keperluan selain daripada wang tunai, bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Encik Jusoh.  Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan dihubungi untuk mendapatkan bantuan bulanan dan lain-lain keperluan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...