Selasa, 1 November 2011

PROGRAM MAYA TAMAN MEDAN JAYA


Medan Jaya 31/10/2011 - Keprihatinan Kerajaan Negeri Terengganu keatas rakyatnya, Program Maya telahpun diadakan di Dewan Serbaguna Taman Medan Jaya, Marang, Terengganu, dimana telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Program yang diadakan adalah untuk membantu mereka-mereka yang benar-benar kurang berkemampuan, terutamanya  bagi mereka yang mengidap penyakit yang begitu serious, namun tidak mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat disebabkan menerima pencen atau sebaliknya, bagi mengenang jasa yang telah disumbangkan kepada masyarakat.


Turut hadir menjayakan program yang diatur adalah Pengerusi JKKK Taman Medan Jaya - Tengku Sulaiman bin Tengku Halim, Pengerusi KPW - Tengku Nor Zuraidah binti Tengku Jalil dan AJK-AJK terlibat.


Seramai 20 orang penerima sumbangan tersebut yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Jamuan ringan turut disediakan selepas selesai program yang dianjurkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...