KUALA
LUMPUR – Pertubuhan mahasiswa menyifatkan ahli-ahli Pertubuhan Kebajikan dan
Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sebagai golongan ‘Barbaric’ yang tidak
bertamadun.
Persatuan
Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dalam satu kenyataan berkata, ahli-ahli
Pekida tidak boleh dibiarkan dan tindakan perlu dilakukan ke atas mereka kerana
melakukan rusuhan di ibu negara.
“Pertubuhan-pertubuhan
mahasiswa mengecam tindakan Pekida kerana telah menghasut dan mengakibatkan
rusuhan di Kuala Lumpur pada 12 Julai 2015.
“Golongan
ini mempunyai agenda tersendiri dan seolah-olah ‘Barbaric’ yang tidak
bertamadun. Golongan ini tidak boleh dibiarkan dan harus menerima hukumannya,”
tegas persatuan mahasiswa itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut
PMUM, Pekida adalah ekstremis dalam negara yang memusuhkan kaum lain terutama
kaum Cina maka perlu ditentang oleh seluruh rakyat.
