Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran untuk berhenti melalak dan mengkritik selain memperkecilkan Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang baru berlalu.
Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor berkata, beliau (Anwar) sepatutnya malu kerana perjuangan UMNO hari ini jauh lebih baik dari zamannya dahulu dan terlalu jauh lebih baik amalan demokrasi berbanding PKR yang mengamalkan demokrasi dan agih anak-beranak dan kroni.
“Perhimpunan dan perjuangan UMNO hari ini lebih baik kerana tiada lagi pemimpin rakus kuasa seperti Anwar di dalam UMNO.

