IDEA yang baik daripada kerajaan demi meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat dan
negara wajar dilihat dengan pandangan politik yang matang, demikian menurut Naib Presiden Parti Ikatan Bangsa
Malaysia (Ikatan) Datuk Seri Mohamad Badri Abdul
Rahman.
Menurut beliau, salah satu inisiatif kerajaan iaitu
projek pembinaan Landasan
Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang
menghubungkan perjalanan dari selatan tanah air hingga ke negeri Kelantan yang
akan siap opersai dalam masa beberapa tahun lagi.
"Alhamdulillah akhirnya rakyat Malaysia dan
penduduk di Pantai Timur sudah dapat menikmati satu sistem kenderaan
pengangkutan darat awam yang moden buat masa ini mengakhiri penantian selama
berpuluh tahun menjadi kenyataan," katanya kepada Harakahdaily.
Katanya, dengan wujudnya sistem pengangkutan ini ia
dapat memberi sedikit peningkatan ekonomi untuk kemajuan negeri dan negara
dengan kehadiran pelancong asing dan pelancong dalam negeri.
