IDEA yang baik daripada kerajaan demi meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat dan
negara wajar dilihat dengan pandangan politik yang matang, demikian menurut Naib Presiden Parti Ikatan Bangsa
Malaysia (Ikatan) Datuk Seri Mohamad Badri Abdul
Rahman.
Menurut beliau, salah satu inisiatif kerajaan iaitu
projek pembinaan Landasan
Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang
menghubungkan perjalanan dari selatan tanah air hingga ke negeri Kelantan yang
akan siap opersai dalam masa beberapa tahun lagi.
"Alhamdulillah akhirnya rakyat Malaysia dan
penduduk di Pantai Timur sudah dapat menikmati satu sistem kenderaan
pengangkutan darat awam yang moden buat masa ini mengakhiri penantian selama
berpuluh tahun menjadi kenyataan," katanya kepada Harakahdaily.
Katanya, dengan wujudnya sistem pengangkutan ini ia
dapat memberi sedikit peningkatan ekonomi untuk kemajuan negeri dan negara
dengan kehadiran pelancong asing dan pelancong dalam negeri.
"Ia juga dapat memberi ruang pekerjaan kepada
mereka yang tidak memilih jenis pekerjaan di samping membuat perniagaan dan
mempromosikan produk ekonomi kreatif.
"Dengan terwujudnya ECRL ini sekali gus
dapat mengurangi kesesakan lalu lintas apabila menyambut hari perayaan dan
cuti umum sebagai pengangkutan alternatif selain mengunakan pengakutan awan
yang lain seperti bas dan kapal terbang," katanya.
Tambahnya, kritikan dan pandangan negatif
yang diterima di awal pembinaan projek mega adalah menjadi perkara biasa sebagaimana
ia terjadi ketika pembinaan projek jambatan Pulau Pinang, projek KLCC, Putrajaya
dan projek KLIA akhirnya dimanfaatkan oleh rakyat.
"Saya berpendapat isu yang sedang kerajaan
hadapi pada saat ini boleh di selesaikan secara rundingan kerana tiada masalah
yang tidak dapat di selesaikan jika kita mahu mencari jalan penyelesaian demi kebaikan
rakyat dan negara,
"Jika kita sering berfikiran negatif maka
tertutuplah yang positif. Harus diingatkan rakyat mahukan sebuah kerajaan
dengan pentabiran yang baik, cekap, bersih dan amanah untuk kesejahteraan
bangsa dan negara," katanya.
Projek ECRL dijangka memulakan kerja pembinaannya
pada Julai lalu, dengan kos keseluruhan dianggarkan kira-kira RM55 bilion.
Merangkumi laluan sepanjang 600.3 kilometer bagi
fasa pertama, ECRL akan melalui empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang
dan Selangor.
Laluan ECRL bermula di terminal
pengangkutan bersepadu (ITT) Gombak akan berakhir di Wakaf Bharu, Kelantan,
dengan 23 stesen perhentian di antaranya. – HARAKAHDAILY 18/8/2017