Kekacauan Nothing To Hide 2.0
Adalah Kerja Orang Dalam
Nampaknya
bukti-bukti mula timbul menunjukkan bahawa kekecohan di program Nothing
to Hide 2.0 semalam adalah kerja orang dalam. Sama ada orang PPBM sendiri mensabotaj program
tersebut apabila soalan-soalan menjadi terlalu sukar bagi Tun Dr Mahathir
Mohamad untuk menjawab atau PPBM berpecah teruk di antara Team A dan Team B dan
kekecohan itu adalah hasil dari pertelingkahan dalaman.
Mana-mana pun, itu tidak mengubah hakikat bahawa ia
adalah kerja orang dalam dan kini mereka cuba menyalahkan UMNO dan mendakwa bahawa UMNO
menghantar ejen provokasi untuk mensabotaj majlis itu. Hakikatnya perpecahan
dalaman PPBM berlaku
sejak awal dahulu sebaik sahaja parti itu dibentuk. Semalam adalah hasil ‘bom
jangka’ yang menunggu untuk meletup dan apa yang diperlukan adalah pencetus
untuk memulakannya.
Empat soalan asal yang mencetuskan keganasan boleh
dilihat di bawah. Pada dasarnya para peserta mahukan Mahathir menjelaskan
pendiriannya sekarang mengenai kes liwat Anwar Ibrahim, apakah rancangan
PPBM untuk peneroka FELDA, apakah kedudukan dan kekuatan PPBM di dalam Pakatan Harapan
memandangkan ia mempunyai bilangan kerusi yang paling sedikit berbanding DAP,
dan dalam insiden
Memali itu adalah tujuan sebenarnya untuk menahan Ibrahim Libya atau
adakah ia satu pembunuhan terancang?
Sebenarnya
empat soalan ini adalah yang sukar untuk Mahathir jawab kerana beliau sama ada
perlu bercanggah dengan dirinya atau, jika beliau tidak mahu bercanggah dengan
dirinya dan ingin mengatakan kebenaran, beliau akan melakukan ‘politik bunuh
diri’.
Pada zaman Mahathir lah banyak kawasan penempatan
FELDA telah diubah menjadi padang golf dan resort percutian dan peneroka FELDA
kehilangan tanah mereka. Semasa zaman Mahathir jugalah beliau mengumumkan
Malaysia mesti memulakan industri berat dan tidak lagi bergantung kepada hasil
komoditi. Jadi apakah yang akan Mahathir kata mengenai rancangan PPBM untuk
peneroka FELDA?
Malah Mahathir jugalah yang mengumumkan bahawa
Anwar adalah seorang yang tidak bermoral yang tidak layak menjadi Perdana
Menteri. Jadi adakah Mahathir sekarang mengatakan bahawa beliau silap dan Anwar
tidak pernah melakukan jenayah meliwat atau adakah Mahathir mengatakan tidak
mengapa Anwar bersalah meliwat kerana ianya tidak membatalkan syarat menjadi
Perdana Menteri?
Sumber: BERSAMBUNG DAN KLIK DISINI