Seorang lelaki di Beijing, China
menghadapi detik-detik cemas apabila terpaksa mendapatkan khidmat bomba bagi menanggalkan cawan bekam yang melekat terlalu kuat pada bahagian
belakangnya.
Hu, di lapor melakukan rawatan
tradisional itu sendiri dirumahnya di wilayah Hunan pada Selasa lalu dengan
bantuan isterinya. Walaubagaimanapun, isterinya telah melekapkan cawan bekam
itu terlalu kuat hingga tidak dapat ditanggalkan.
Akibatnya, bahagian belakang Hu yang
dibekam itu bertukar menjadi bengkak dan merah. Isteri Hu yang panik telah
mencuba pelbagai cara termasuk menggunakan
tukul untuk menanggalkan cawan bekam
tersebut, namun tidak berhasil.
Hu yang kesakitan kemudian cuba
mendapatkan rawatan dari klinik berdekatan namun dinasihatkan untuk dibawa ke
hospital kerana kesan bekam itu adalah serius. Namun di hospital, Hu tetap gagal menanggalkan cawan
itu walaupun petugas hospital sudah berusaha sedaya upaya.
Akhirnya
pihak hospital terpaksa meminta bantuan pihak bomba yang telah menghantar 4 orang anggota.
Pihak bomba yang tiba di hospital telah berjaya memotong cawan tersebut menggunakan gergaji besi.
Hu ternyata lega apabila cawan tersebut berjaya ditanggalkan dan bersumpah
tidak mahu berbekam lagi selepas ini. Dia kemudiannya mendapatkan rawatan di
hospital bagi merawat luka tersebut.
Ini bukanlah perkara asing dan bukan
kali pertama masalah ini berlaku di negara Tembok Besar itu.
Tahun lalu, seorang lelaki berusia 63 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai
Lin telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman akibat luka
berbekam. Lin mendakwa dia mendapatkan rawatan berbekam apabila dijanjikan
bahawa rawatan tersebut dapat membantu memulihkan sakit bahunya.
Lin memberitahu kepada wartawan bahawa
dia pergi berbekam di tempat yang sama setiap hari dalam tempoh masa sebulan
sebelum kesan lepuh besar mula muncul. Namun Lin tidak pernah berhenti
menjalani rawatan bekam sebaliknya menyuruh isterinya memecah lepuh besar
tersebut dan menyapu dengan minyak.
Pada 20 Jun yang lalu, selepas pulag
berbekam, dia mula merasa tidak selasa dan mengalami demam teruk. Ahli keluarga
Lin kemudiannya membawa dia ke hospital dan di tahan di bilik kecemasan kerana
suhu badannya mencecah 37.7 darjah celcius. Manakala kawasan belakang yang
dibekam bengkak sepenuhnya.
Doktor yang merawat Lin mengesahkan
bahawa dia telah dijangkiti kuman akibat berbekam. Doktor berkata, Lin bernasib
baik kerana bergegas ke hospital untuk menerima rawatan. Jika tidak, dia
mungkin akan mengalami sepsis. – Siakap Keli.
Sumber: KLIK DISINI