Pada pertengahan
bulan April 2017, Dato Seri Najib
pernah dedahkan satu "principle" yang selalu digunakan oleh Mahathir iaitu "if you cannot convince them, confuse them".
Inilah cara Mahathir,
kaedah Machiavelli untuk jatuhkan pesaingnya dan gunakan strategi Nazi, Joseph Goebbels untuk indoktrinasi rakyat
dan pengikutnya.
Hari ini Mahathir sudah menjadi Pengerusi kepada Pakatan Harapan. Kalau dilihat betul betul, banyak kenyataan yang dibuat Mahathir sejak balik beraya di London ini, banyak yang mengelirukan sahaja berbanding kebenaran.
Hari ini Mahathir sudah menjadi Pengerusi kepada Pakatan Harapan. Kalau dilihat betul betul, banyak kenyataan yang dibuat Mahathir sejak balik beraya di London ini, banyak yang mengelirukan sahaja berbanding kebenaran.
Inilah juga yang
menjadi ikutan pengikut pengikut Mahathir dan pembangkang di media sosial.
Mereka suka menyebar cerita tidak betul hanya bertujuan untuk kelirukan
rakyat dan buat rakyat marah pada kerajaan sahaja.
Viral baru baru ini
tentang gambar fitnah mesyuarat UMNO tidak mendapat sambutan menerusi paparan
gambar kerusi kosong dalam dewan. Gambar yang sama digunakan oleh facebooker pembangkang bernama The Kedah Report, Srikandi Malaya dan
Iwan Mohd.
The Kedah Report
sebut mesyuarat pemuda UMNO di Kedah tiada sambutan, Srikandi Malaya sebut mesyuarat UMNO di Jasin Melaka tiada sambutan dan Iwan Mohd kata
mesyuarat UMNO di Sungai Pinang, Pulau Pinang.
Gambar sama tetapi
guna tiga lokasi berbeza. Ketiga tiga tuduhan itu adalah bohong dan tidak
betul. Kemudian viral pula cerita bohong pasal
ambulans. Facebooker parti bunga
memfitnah kononnya harga sebiji ambulans sampai RM400,000 ke RM500,000 sebuah.
Tuduhan itu adalah
tidak benar. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr. Chen
Chaw Min, jumlah yang dibelanjakan oleh pihak kementerian untuk perolehan
kenderaan ambulans sebanyak 500 buah adalah berjumlah RM225.2 juta sahaja.
Tambahan beliau
separuh daripada ambulans tersebut merupakan ambulans berspesifikasi penuh yang
dilengkapi dengan peralatan perubatan moden antaranya Advance Cardiac Care
Device, Portable Ventilator, Portable Medical Suction Unit, Foldable Stretcher
with Safety Belt, Syringe Perfusion Pumps dan Vital Sign Monitor.
KKM turut memaklumkan
sejak tahun 2010, sebanyak 925 buah ambulan telah diperoleh dengan nilai RM389
juta. Tegas Dr. Chen, beliau berharap agar fakta sebenar tidak diputar-belitkan
dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat. Inilah cara pembangkang untuk membuat
rakyat marah pada kerajaan sahaja.
Semalam pula, ada
penyokong tegar Mahathir iaitu Syed Hassan dari Perkasa menuduh majlis pecah
tanah ECRL yang dihadiri oleh Perdana Menteri penuh dengan banner, tulisan Cina
dan diacarakan majlis dalam bahasa Cina. Seolah olah Malaysia sudah dijajah
oleh China.
Kenyataan karut Syed Hassan ini adalah tidak benar, terus disangkal oleh mereka yang hadir pada program tersebut.
"Saya ada di sana tadi, tidak ada sampai macam itu sekali (seperti yang dituduh Perkasa kononnya Malaysia kena jajah dengan China), apa yang saya nampak identiti Melayu tetap diutamakan" ulas En Kamali Fauzi, seorang pegawai kanan kerajaan di Pahang yang hadir pada majlis perasmian ECRL tadi.
Kenyataan karut Syed Hassan ini adalah tidak benar, terus disangkal oleh mereka yang hadir pada program tersebut.
"Saya ada di sana tadi, tidak ada sampai macam itu sekali (seperti yang dituduh Perkasa kononnya Malaysia kena jajah dengan China), apa yang saya nampak identiti Melayu tetap diutamakan" ulas En Kamali Fauzi, seorang pegawai kanan kerajaan di Pahang yang hadir pada majlis perasmian ECRL tadi.
Ujarnya lagi, semua
penyambut tetamu wanita warga Cina pakai baju kebaya Melayu. Pengacara wanita
dari negara China pun pakai baju kebaya Melayu dan cuba berbahasa untuk Melayu.
Malah pengacara itu cuba untuk berpantun lagi.
Pembohongan paling
besar yang dibuat oleh puak puak pembangkang sudah
terbongkar di mahkamah London pada 2 Ogos lepas. Mahkamah London sudah menyatakan
bahawa tuduhan yang dibuat oleh Sarawak Report terhadap Datuk Seri Najib dan
PAS adalah fitnah semata mata.
Claire Brown diarah oleh Mahkamah London untuk membayar £15,000 (RM83,719) kerana kesalahan memfitnah. Pihak pembangkang di Malaysia, terutamanya Mahathir dan Tony Pua yang pernah berkomunikasi dengan Claire Brown seolah mahu cuci tangan dan melepas tengkuk sendiri bila Claire Brown didapati bersalah.
Tuan Ibrahim Tuan
Man, Timbalan Presiden PAS juga sudah bersetuju dengan penjelasan mengenai 1MDB
yang dibuat oleh Arul Kanda. Yang melompat adalah DAP, mereka takut bila PAS
sudah tahu 1MDB bukanlah isu sebenar, ianya adalah sekadar pembohongan
pembangkang semata mata untuk jatuhkan Datuk Seri Najib.
Bagai irama dan lagu, pembangkang dengan kisah persepsi dan pembohongan berpisah tiada. 14 November 2016, Rafizi Ramli sudah dihukum penjara 18 bulan kerana kesalahan buat cerita bohong dan tipu.
Bagai irama dan lagu, pembangkang dengan kisah persepsi dan pembohongan berpisah tiada. 14 November 2016, Rafizi Ramli sudah dihukum penjara 18 bulan kerana kesalahan buat cerita bohong dan tipu.
Sekarang ini sibuk
merayu di mahkamah. Masa buat fitnah dulu, kenapa tidak semak dan fikir habis
habis dulu? Dah kena lokap baru hendak menyesal dan merayu.
Dah lebih 30 kali,
Rafizi kantoi buat cerita palsu. Oleh itu, penyokong pembangkang usahlah
seronok sangat hendak memfitnah dan meracuni pemikiran rakyat dengan cerita
cerita palsu.
Kalau masuk ke lokap
dan bersalah di mahkamah, tiada siapa hendak tolong pun. Tengoklah nasib Claire
Brown, pembangkang di Malaysia tidak beri duit pun pada dia. Fitnah sama sama,
lokap masing masing.
Inilah strategi
pembangkang di Malaysia, bukan berhujah politik secara matang tetapi mencari
undi dengan cerita bohong dan persepsi sahaja.
Tulisan :
Tulisan :
Beruang Biru, BB533, Khamis 10 Ogos 2017