Seorang lelaki tua berbangsa
India, menemui ajal setelah tercekik ketika memakan sepotong dodol di rumahnya
di Bukit Baru, Melaka.
Lelaki
berusia 67 tahun itu, dikatakan begitu mengidamkan dodol sebelum bulan puasa
lagi dan pada 17 Julai iaitu hari raya pertama, mendiang tercekik akibat dodol
yang dimakan tidak dikunyah dengan sebaiknya.
Dari
pengalaman kami sendiri, makanan tradisional itu sememangnya agak liat dan
perlu dikunyah berkali-kali kerana bahan buatannya terdiri daripada gula pasir,
santan kelapa dan gula melaka yang melekit.
Dipercayai,
punca kematian disebabkan mangsa tidak mengunyah dengan betul dan
seterusnya panik apabila dodol mula menyekat saluran pernafasan.
