Seorang lelaki tua berbangsa
India, menemui ajal setelah tercekik ketika memakan sepotong dodol di rumahnya
di Bukit Baru, Melaka.
Lelaki
berusia 67 tahun itu, dikatakan begitu mengidamkan dodol sebelum bulan puasa
lagi dan pada 17 Julai iaitu hari raya pertama, mendiang tercekik akibat dodol
yang dimakan tidak dikunyah dengan sebaiknya.
Dari
pengalaman kami sendiri, makanan tradisional itu sememangnya agak liat dan
perlu dikunyah berkali-kali kerana bahan buatannya terdiri daripada gula pasir,
santan kelapa dan gula melaka yang melekit.
Dipercayai,
punca kematian disebabkan mangsa tidak mengunyah dengan betul dan
seterusnya panik apabila dodol mula menyekat saluran pernafasan.
Jika anda
masih ingat, berita tentang Presiden Amerika Syarikat George W. Bush yang
pengsan beberapa ketika kerana tercekik ketika memakan biskut, pernah menghiasi
muka depan hampir kebanyakan akhbar tempatan pada Januari 2002.
Kejadian
berlaku semasa Bush berseorangan menonton perlawanan bola sepak antara
Baltimore Ravens dan Miami Dolphins menerusi kaca televisyen di sebuah bilik di
White House.
Doktor yang
merawat Bush, Richard Tubb berkata, bosnya itu mungkin pengsan disebabkan cara
mengunyah dan menelan biskut yang tidak betul seterusnya mengakibatkan
kadar degupan jantung yang perlahan.
Pengajaran
daripada kemalangan itu Bush berkata, “Saya perlu mengikut nasihat ibu supaya
mengunyah dahulu makanan sebelum menelannya dan memberikan perhatian ketika
makan.”
Jadi,
sekiranya anda berhadapan dengan masalah kecemasan tercekik, jangan panik,
pastikan anda berada dalam keadaan sedar dan cuba batuk untuk mengeluarkan saki
baki makanan yang tersekat sebelum segera ke hospital. – MYNEWSHUB.CC