JENGKA
- Malang buat dua lelaki yang dituduh mencuri lembu apabila bukan sahaja
dibelasah, tetapi dipaksa makan najis haiwan ternakan itu selain kereta dinaiki
mereka turut dibakar.
Dalam
kejadian kira-kira jam 9 malam di Felda Jengka 17 pada Selasa lalu, kedua-dua
lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu parah di kepala dan tangan serta kini
menerima rawatan di Hospital Jengka.
Gambardan video mereka dipaksa mengunyah najis lembu dimuat naik di laman sosial
sehingga menjadi viral serta mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
Ada
yang menyokong dengan tindakan dilakukan ke atas mangsa kerana kesalahan
mencuri, malah tidak kurang menyifatkan perbuatan menyumbat najis lembu dan
dipaksa mengunyah sebagai keterlaluan.
Mengikut
komen pengguna laman Facebook Suara Penduduk Jengka, kedua-dua lelaki tersebut
yang disyaki mencuri lembu disedari pemilik haiwan berkenaan sebelum mengekori
sehingga ke sebuah kandang ternakan lembu di dalam kawasan ladang sawit di
tanah rancangan itu.
Sebaik
tiba di pintu pagar kandang, kedua-duanya dicekup sebelum dibelasah sekumpulan
penduduk dan dipaksa makan najis lembu serta membakar hangus kereta jenis
Proton Persona yang dinaiki mangsa.
Sumber: KLIK DISINI