Penzinaan sudah menjadi sesuatu
yang terlalu lazim dalam realiti kehidupan masyarakat masa kini. Bahkan,
perselingkuhan dalam sesuatu hubungan suami isteri juga tidak lagi dipandang
taboo meskipun melanggar adat dan budaya Timur.
Sikap
pasangan yang gemar ‘makan luar’ inilah yang menjadi penyumbang utama kepada
kenaikan kadar penceraian dewasa ini. Namun, pokok tidak akan bergoyang jika
tiada angin: kepesatan industri seks di beberapa buah negara turut menjadi
punca kaum lelaki terdedah dalam gejala seks bebas. Kami senaraikan 10 buah
negara dengan budaya seks paling bebas di dunia:
1. Thailand
Dengan
purata 45 daripada 10 ribu orang wanitanya memilih kerjaya sebagai pelacur,
Thailand sememangnya cocok digelar syurga seks bukan sahaja bagi pelancong
luar, malah juga lelaki Malaysia.
Rata-rata
pelancong tertumpu di bahagian Patpong di Bangkok, yang dikatakan kawasan
terbaik untuk melanggan pelacur-pelacur muda dan cantik dengan harga yang tidak
terlalu mahal. Bahkan, Thailand juga terkenal dengan pelacur pondan dan lelaki
gay!
Walaupun
pelacuran sebenarnya menyalahi undang-undang di Thailand, namun aktiviti itu
dibenarkan selagi kawal selia dilakukan serta pekerja seksnya mendapatkan ujian
jangkitan kelamin.
2. Denmark
Seks
merupakan sesuatu yang sangat organik di Denmark sehinggakan rakyatnya langsung
tidak merasa malu dengan aktiviti itu. Apabila seks bebas menjadi suatu norma,
maka tidak hairanlah ibu negaranya iaitu Copenhagen menjadi destinasi
pelacongan seks yang berkembang pesat. Kedai-kedai menjual alatan seks dibuka
secara terang-terangan di kawasan kekeluargaan, dan rumah pelacuran yang
memaparkan pekerja seksnya dalam keadaan mengghairahkan menjadi satu pandangan
biasa di negara Skandinavia itu.
3. Itali
Itali
merupakan sebuah negara yang kaya dengan sejarah dan nilai budaya yang telah
wujud sejak ribuan tahun lampau. Namun, budaya yang malar hijau tidak
semestinya menterjemahkan keelokkan moral masyarakatnya. Daripada peristiwa
kemusnahan Pompeii setelah letusan gunung berapi mengejut melenyapkan kota seks
purba itu daripada peta dunia suatu ketika dahulu, sehinggalah skandal seks
bekas PM Itali Silvio Berlusconi yang didapati gemar melanggan pelacur kelas
atasan pada tahun 2011, Itali sememangnya sinonim dengan industri seks yang
meriah dan penuh glamor.
4. Jerman
Dengan
purata 49 pekerja seks bagi setiap 10,000 wanita, Jerman mempunyai dasar yang
terbuka terhadap industri pelacuran. Tidak seperti negara-negara Kesatuan
Eropah yang lain, pelacuran merupakan satu industri yang sangat meluas,
sistematik, dan dibenarkan undang-undang Jerman.
Malah, sebuah tinjauan menunjukkan lebih 60 peratus wanita Jerman pernah curang
terhadap pasangan mereka.
Sumber: Kalau nak baca lagi KLIK SINI CEPAT