Khamis, 9 Julai 2015

MAK JANDA MEROYAN DIBULAN RAMADAN ???


Kemaruk untuk merampas kuasa 

KUALA LUMPUR – Parti pembangkang semakin kemaruk untuk merampas kuasa daripada Barisan Nasional (BN) selepas berjaya menyebarkan beberapa siri fitnah ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar hari ini memaklumkkan parti itu mahu mengemukakan saman sivil ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pula.

Dakwa Nurul Izzah, PKR mahu mahkamah membatalkan keputusan PRU13 tersebut berdasarkan dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh media asing Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report (SR) berkait penyalahgunaan dana pilihan raya.
“PKR akan memfailkan sebuah saman sivil terhadap SPR untuk mencabar kesahihan keputusan pilihan raya di kerusi-kerusi yang dimenangi oleh BN.
“Tindakan mahkamah ini akan menjadi pemangkin ke arah pembatalan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh UMNO dan BN dalam pilihan raya yang lepas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Nurul Izzah berkata, beliau berharap dapat memfailkan saman sivil itu secepat mungkin.

Katanya, PKR bersedia mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi parti itu jika keseluruhan keputusan PRU13 dianggap tidak sah dan terbatal oleh mahkamah. – MYNEWSHUB.CC
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...