TAHNIAH
DATUK JAHARA HAMID
PULAU PINANG 3 Julai - Ketua Menteri,
Lim Guan Eng hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini membayar ganti
rugi sebanyak RM500,000 kepada Datuk Jahara Hamid kerana memfitnah Ketua
Pembangkang negeri itu dengan menggelar beliau sebagai ‘nenek rasis’.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin
Hassan yang membuat keputusan itu turut memerintahkan Guan Eng membayar kos
guaman sebanyak RM40,000 berserta faedah sebanyak lima peratus.
Selain itu, Nordin mengarahkan Guan Eng
yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, menarik balik
gelaran terhadap Jahara selain mengeluarkan perintah injunksi menghalangnya
daripada mengulangi kata-kata fitnah tersebut.
Peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos
yang mewakili Jahara ketika dihubungi memberitahu, mahkamah turut memutuskan
bahawa apa yang dituduh Guan Eng selaku defendan adalah tidak benar dan jelas
dapat dilihat pada nota prosiding persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sumber: KLIK DISINI