Memaparkan catatan dengan label PMX. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PMX. Papar semua catatan

Selasa, 12 Mac 2024

PM Anwar, delegasi negara lawat Siemens Energy di Jerman

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi Malaysia mengadakan lawatan ke Siemens Energy di ibu negara Jerman pada Isnin.

Lawatan itu merupakan agenda kedua Perdana Menteri pada selepas Mesyuarat Pre-Council pada sebelah pagi.

Kunjungan Anwar disertai Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Siemens Energy AG (Siemens Energy) merupakan syarikat yang membangunkan, mengeluarkan, menjual, dan memasang turbin angin, turbin gas, turbin wap dan sistem menyeluruh dengan kapasiti multi-megawatt.

Pada Oktober tahun lalu, Siemens Energy dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dalam usaha untuk membangunkan teknologi hidrogen hijau di Malaysia.

Siemens Energy merekodkan permodalan pasaran EUR11.56 bilion.

Untuk rekod pasaran tambahan, Siemens Energy menerima suntikan kewangan oleh kerajaan Jerman dalam bentuk jaminan kerajaan bernilai EUR7.5 bilion.

Jaminan itu bagi membantu Siemens mengatasi isu kewangan dan memenuhi projek-projek tertunggak.-Astro Awani

https://media-perpaduan.com/2024/03/11/pm-anwar-delegasi-negara-lawat-siemens-energy-di-jerman/

Selasa, 20 Februari 2024

PM arah Gabenor Bank Negara jawab isu prestasi Ringgit

 


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata soalan mengenai prestasi ringgit akan dijawab oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

"(Mengenai) ringgit, gabenor (Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour) ada di sini," katanya ringkas ketika menjawab pertanyaan media di sini.

Mata wang tempatan terus merekodkan prestasi lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini.

Pada 9 pagi tadi, ringgit berkurangan kepada 4.7870/7930 berbanding dolar AS daripada 4.7850/7890 semasa ditutup pada Isnin

Sabtu, 17 Februari 2024

PM Anwar: Tidak boleh diterima negeri melaporkan kutipan zakat yang tinggi jika masih wujud miskin tegar

 


GEORGE TOWN, 16 Feb Tidak boleh diterima negeri melaporkan kutipan zakat yang tinggi sekiranya masih terdapat masyarakat miskin tegar di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata zakat — atau zakat Islam yang diwajibkan dalam kalangan umat Islam — seharusnya memberi manfaat sepenuhnya kepada golongan miskin tegar dan berpendapatan rendah.

“Apabila saya mengambil alih jawatan lebih setahun lalu, saya memberitahu Wilayah Persekutuan bahawa apa pun teori atau penjelasan yang mereka berikan, jika masih ada golongan miskin tegar di Kuala Lumpur, saya mahu zakat itu memberi manfaat sepenuhnya kepada mereka, selain daripada inisiatif lain oleh kerajaan. ,” katanya pada ucaptama pada Persidangan Zakat Antarabangsa Pulau Pinang 2024 di Universiti Sains Malaysia di sini.

Rabu, 31 Januari 2024

DAULAT TUANKU: PERTABALAN SPBYDA KE 17

 


Kerajaan senada dengan rakyat memanjat syukur serta menjunjung kasih atas pemerintahan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al Sultan Abdullah.

Sesungguhnya, pandangan jauh lagi berwawasan yang dizahirkan oleh Duli Tuanku menerusi peranan penting baginda sebagai Raja Berperlembagaan telah memungkinkan kestabilan politik, sosial dan ekonomi seperti yang kita nikmati dan saksikan pada hari ini.
Lantaran itu, mari bersama kita raikan permulaan tampuk pemerintahan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim.
Kerajaan MADANI mendukung sepenuhnya dan mengalu-alukan titah Baginda sebelum ini yang ingin melihat negara ini meneruskan tadbir urus yang baik, telus, pemacuan ekonomi yang mampan serta memberi sepenuh perhatian kepada usaha meningkatkan darjat hidup rakyat.
Ini juga merupakan hasrat jutaan rakyat yang ingin terus melihat kestabilan negara demi kemakmuran dan kesejahteraan serta peluang dan masa depan yang lebih baik untuk semua.

Isnin, 29 Januari 2024

Selepas mengaku tidak bersalah di mahkamah, Daim berkata tidak peduli dengan nasibnya (Hilang Halatuju)

 


KUALA LUMPUR, 29 Jan — Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin hari ini menggelar perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'serigala berpakaian biri-biri'.

Dalam satu kenyataan, Daim berkata beliau telah keluar untuk menyokong Pakatan Harapan dan Anwar pada kemuncak skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2018.

Namun, Daim kini mendakwa bahawa kejujuran, integriti dan tadbir urus yang baik telah keluar dari tingkap di bawah pentadbiran Anwar, memetik bagaimana institusi bebas telah dijadikan alat yang mudah untuk mengejar lawan politik.

Ahad, 21 Januari 2024

Anwar, Azizah hadir majlis jamuan teh diraja

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara di sini, hari ini.

Anwar berkata, majlis itu turut dihadiri bekas Perdana Menteri, menteri Kabinet, duta asing dan pegawai tertinggi kerajaan.

“Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra bersama tetamu jemputan. Daulat Tuanku!,” katanya dalam hantaran Facebooknya, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Majlis Jamuan Teh Diraja yang dihadiri 2,500 tetamu itu, bersempena tamat pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari ini. – Bernama

https://media-perpaduan.com/2024/01/20/anwar-azizah-hadir-majlis-jamuan-teh-diraja/

Rabu, 17 Januari 2024

GEMPAR: KSN DISIASAT SPRM!

 


ADA YG BAKAL TERCIDUK! BETULKAH KSN TERLIBAT DLM PENGGULINGAN KRJN, LANGKAH DUBAI??

Anwar Bukan Sebarang Anwar.  Selepas memecat KPPA yang berjam tangan RM252K, sekali lagi Anwar membuktikan ketegasannya sebagai Perdana Menteri.


Sumber dalaman pejabat KSN mengesahkan  Zuki Ali kini disiasat SPRM berkenaan isu :

1. ZUKI & SKANDAL RM300 JUTA KELUARGA MALAYSIA.

Zuki dibawah arahan KSUS Nazimah telah mengarahkan kelulusan khas lebih RM300 juta wang kerajaan bagi membiayai promosi Keluarga Malaysia Ismail Sabri. Namun tidak adil menyiasat Zuki sahaja, bagaimana pula dgn TKSUK Datuk Solehudin yang berbini dua itu?. Datuk Armand, Datuk Syafiq, Dato Fahmi, Dato Ruhaidini? 

Khabarnya semasa siasatan SPRM, Ismail Sabri dan Nazimah cuci tangan dan menyalahkan KSN Zuki meluluskan wang itu atas nama kelulusan khas.

2. BANGLO MEWAH DI PUTRAJAYA.

Banglo mewah Zuki di Putrajaya merupakan hadiah daripada kontraktor tender kerajaan iaitu Dato' Tim. Isi rumah banglo itu diimport daripada London. English nice !

3. DUA PEGAWAI KHAS KSN

Pegawai khas Zuki gred M48 hidup mewah seperti Zuki. Memiliki beberapa buah rumah dan kereta mewah.

Zuki diketahui memiliki banyak tanah di KL, Putrajaya dan Sabah. Di Sabah, Zuki menjual tanah kepada tauke Cina. Zuki pernah dibawa di atas boat mewah di Kota Kinabalu. 

Serupa dilakukan oleh mantan KPPA Dr.Zulkapli dalam kes Jambatan Tambunan.

4. SKANDAL PEMERDAGANGAN MANUSIA DI KSM

Jika SPRM berjaya membuktikan Zuki dengan kes buruh asing dimana tender dimonopoli oleh Amin Bangla di KSM, maka Zuki berdepan penjara seumur hidup. KSM sengaja dibiarkan kosong tanpa KSU supaya Zuki boleh mengawal kesnya di KSM. Hal ini pernah disuarakan oleh CUEPACS dan pernah dipersoalkan oleh Pengerusi Biro Buruh DAP, A Sivanesan pada 10.02.2021.

5. SKANDAL LCS

Zuki juga dikaitkan dengan skandal kapal LCS. Zuki merupakan KSU KEMENTAH ketika isu tersebut berlaku. Zuki juga mendapat komisen malah pernah bercuti bersama kontraktor kapal LCS di luar negara. Gambar Zuki dan kontraktor tersebut boleh dicari di internet.

6. SKANDAL PROJEK STURGEON FELDA

Isu penyelewengan dana Felda melalui projek Ikan Sturgeon berjumlah RM47.6 juta pada tahun 2017, ketika Zuki Ali merupakan Jawatankuasa Tatatertib Felda. Kes ini pernah dibangkitkan oleh Nurul Izzah puteri DS-Anwar Ibrahim.

7. Dalam kes Langkah Dubai, TPM Zahid Hamidi mengetahui pegawai kanan kerajaan yang terlibat dalam cubaan mengulingkan Anwar.  Ternyata KSN dan mantan KPPA Dr Zulkapli terlibat!

Anwar takkan biarkan beliau dikhianati sekali lagi. Zuki boleh menganiaya Tun M, Muhyidin Yassin dan Ismail Sabri tetapi tidak kepada Anwar!

Staf Biasa PMO.

Putrajaya.

Selasa, 16 Januari 2024

KENAPA PERLU SUBSIDI BERSASAR?


 Sekali lagi PMX memberi signal subsidi bersasar perlu dipraktikkan. Subsidi sepatutnya membantu org miskin tetapi tersasar apabila yg mendapat manfaat subsidi golongan elit.

Beberapa bulan lalu saya berkesempatan menghadiri taklimat daripada Penasihat Ekonomi negara mengenai subsidi tersasar. Bila mendengar penerangan diberikan seram sejuk bila dimakumkan hutang dan belanja urus negara tidak tertanggung lagi oleh kerajaan.

Kenapa perlu subsidi bersasar? Kesannya mengakibatkan wang rakyat sepatut utk membantu golongan miskin, dinikmati golongan elit malah lebih menyedihkan rakyat negara jiran kerana ketirisan.

Contoh minyak diesel… berpuluh billion kerajaan menanggung kerugian kerana ia telah diseludup ke negara jiran seperti Thailand dan Filipina. Rakyat negara ini yg terpaksa menanggung subsidi minyak tersebut.

Bagaimana yg saya maksudkan golongan elit (T20)yg menikmati subsidi berbanding org miskin (B40). Mari kita lihat siapa sebenarnya yg mendapat manfaat subsidi petrol yg ditanggung berpuluh billion oleh kerajaan.

PETROL 

Harga sebenar RM 3.55

Harga pam        RM 2.05

Subsidi 1 liter    RM 1.50

B40 rata2 menggunakan motorsikal utk kegunaan harian. Subsidi yg mereka guna dari petrol anggaran 50 liter sebulan bersamaan RM75 yg ditanggung kerajaan.

T20 rata2 ada 3-5 buah kenderaan. Anggaran kasar mereka menggunakan 500 liter sebulan. Ini bermakna kerajaan menanggung subsidi utk org kaya RM 750 sebulan.

Itu baru satu keluarga dan bayangkan berapa juta golongan T20 ini ada di negara ini. Adalah tidak adil kerana mengikut anggaran kasar (kajian dilakukan) RM 60 billion subsidi bahan api ini….

35% dinikmati golongan T20

41% dinikmati golongan M40

24% sahaja dinikmati golongan B40

Maka jadilah seperti laungan PMX ketika menjadi pembangkang… “Yg kaya bertambah kaya, yg miskin papa kedana “

Tahukah saudara… setiap liter yg kita isi penuh ke dlm tangki kereta kita ( Toyota Camry 50 liter ) bermakna kerajaan ‘beri bantuan’ sebanyak RM 75. Itu utk sebuah kenderaan bayangkan ada berpuluh juta kenderaan di dlm negara.

Tahukah saudara Malaysia adalah 29 negara yg masih memberikan subsidi petrol dan 1 daripada 52 negara yg masih memberi subsidi diesel. 

Subsidi petrol kita pula adalah yg ketiga tertinggi di dunia selepas Iran dan Arab Saudi. Manakala subsidi diesel pula negara kita adalah yg ketujuh tertinggi berikan subsidi diesel.

Bukan mudah utk menarik subsidi walaupun jika dimulakan pengurangan 20% kerana ia bukan tindakan populis. 

Disebabkan itu Perdana Menteri sebelum ini tidak berani utk mengambil langkah mengurangkan subsidi walaupun telah dinasihati.

Silap2 gaya boleh jatuh sesebuah kerajaan kerana kenaikkan harga bahan api. Pemimpin2 dunia sgt berhati hati dgn menarik sedikit demi sedikit subsidi.

Disebabkan itu Presiden Jokowi pernah berkata, keputusan utk melaraskan harga bahan api adalah sesuatu yg sukar dan menjadi 'pilihan terakhirnya'.

Walaupun ada penentangan keras, akhirnya Jokowi menaikkan harga petrolnya sekitar Rm 4.20-4.80 seliter mengikut gred pada tahun 2022 (tidak silap). Malah RON 90 di Indonesia lebih mahal dari RON 95 di Malaysia.

Saya dalam kunjungan ke Jakarta terkejut bagaimana orang Indonesia boleh menerima harga seliter petrol mereka dua kali ganda daripada petrol kita sedangkan pendapatan perkapita mereka jauh lebih rendah.

—————————————————————————-

SUBSIDI BERSASAR UTK BANTU RAKYAT MARHAEN 

Selama hari ini kerajaan memberi subsidi secara pukal. Maksud pukal subsidi itu turut diraih oleh semua golongan hingga membebankan rakyat marhen.

Subsidi pukal ini mendorong kpd ketirisan dan pembaziran tanpa kita sedari. Bayangkan jika kita dpt jimatkan RM 60bil subsidi setahun…dgn wang tersebut kita mampu bina 120 hospital dan 700 buah sekolah.

Itu belum bantuan pembelajaran percuma kpd semua pelajar IPTA dan pendidikan di sekolah menengah dan rendah jika kita dpt mengurangkan subsidi.

Kita mesti mulakan pemindahan subsidi ini. Dari subsidi ke poket rakyat. Sebelum melaksanakannya, PMX perlu bantuan agensi2 penerangan kerajaan, Menteri2, media2 sosial dan kita semua utk memberi penerangan.

Kita perlu jelaskan kpd rakyat (kerajaan), jelaskan kpd keluarga dan kawan2 kita… kerajaan bukan berniat utk menghapuskan subsidi tetapi memindahkan kpd poket rakyat terutama golongan sasaran B40 dan M40.

Kita kena faham pembangkang hari ini bukan pembangkang konstruktif. Pembangkang sekarang hanya tahu ‘Tebuk atap’ kerja memfitnah setiap hari tanpa rasa berdosa, bermaruah dan bertanggungjawab kpd negara dan nasib rakyat.

Ingat Venezuela adalah sebuah negara yg kaya raya dari hasil minyak tetapi kini hancur kerana beban subsidi, rasuah dan ketirisan sepertimana yg berlaku di negara kita skg.

Kita mesti melihat hutang negara kita. Sebuah negara yg kaya tetapi berhutang sejumlah RM 1.5 trillion. Mana tidaknya sejak tahun 1970 hinggalah skg (tolak 5 tahun) perbelanjaan kita defisit.

—————————————————————————-

NEGARA MENUJU KEHANCURAN

Org Melayu pernah digelar bangsa subsidi. Sampai bila mahu ditohmahkan begitu kerana org Melayu bukan malas… esok kita akan bersambung mengapa Malaysia sebuah negara kaya menjadi negara yg berhutang dgn jumlah yg sgt tinggi.

Saya akn bicarakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yg diperuntukkan RM41.2 bilion berbanding RM36. 3 bilion tahun ini, iaitu peningkatan terbesar daripada kalangan kementerian.

Ahad, 7 Januari 2024

Selepas 'Dubai Move' didedahkan, Ahli Parlimen Bersatu mendakwa lapan lagi wakil Perikatan bersedia untuk mengisytiharkan sokongan Anwar

 


KUALA LUMPUR, 6 Jan — Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal hari ini mendakwa sehingga lapan Ahli Parlimen Pembangkang akan mengisytiharkan sokongan mereka kepada kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Parlimen bersidang semula pada akhir Februari ini.

Syed Abu Hussin, ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sudah berpaling tadah, berkata kumpulan itu merancang untuk mengikutinya bagi membolehkan kawasan mereka menerima pembiayaan pembangunan persekutuan.

“Mereka hanya menunggu masa untuk mengisytiharkan. Kira-kira tujuh hingga lapan daripadanya. Kerana Parlimen belum bermula, apabila ia bermula nanti pada 28 Februari, aktiviti akan bermula semula,” katanya kepada pemberita di Jualan Termurah Demi Rakyat, di Kerinchi, di sini.

Pada 28 November tahun lalu, Syed Abu Hussin mengesahkan di Dewan Rakyat bahawa beliau menyokong Anwar.

Ahli Parlimen Perikatan Nasional itu secara terbuka mengisytiharkannya semasa Waktu Pertanyaan Perdana Menteri, menjadikannya orang kelima daripada parti itu yang berbuat demikian.

Pada majlis yang sama hari ini, Menteri Perhubungan Fahmi Fadzil memberitahu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya menumpukan usaha mentadbir negerinya daripada mengulas mengenai apa yang dipanggil "Langkah Dubai", konspirasi konspirasi oleh Pembangkang untuk merekayasa pengambilalihan kerajaan. melalui pembelotan.

“Sebelum dia bercakap tentang 'Dubai Move', tanya dia apa yang berlaku kepada litar perlumbaan di Kedah? Saya rasa beliau perlu mengubah pendekatan daripada mengulas perkara ini,” kata ketua penerangan PKR itu.

Fahmi juga memberitahu Sanusi untuk memberi tumpuan kepada skandal Rare Earth Element (REE) yang semakin meningkat di Kedah dan menyelesaikan isu yang melanda kelab bola sepak Kedah itu.

Pada hari Rabu, Sanusi Md dilaporkan mengesahkan bahawa Pembangkang persekutuan sedang merancang untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan semasa, tetapi berkata ia harus dipanggil "Chow Kit Move" kerana ia diilhamkan di pinggir bandar.

https://malaysia.yahoo.com/news/dubai-move-exposed-bersatu-mp-023447238.html


Selasa, 2 Januari 2024

PM akan luncur Pangkalan Data Utama (PADU) 2

 


Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meluncurkan Pangkalan Data Utama (PADU) kerajaan pada 2 Januari depan menurut kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, PADU merupakan pangkalan data sosio-ekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan semua data dari jabatan dan agensi kerajaan untuk memberi gambaran seadilnya kedudukan sosio-ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.

“Kewujudan PADU membolehkan kerajaan beralih dari pendekatan B40-M40-T20 dalam menilai kelayakan penerima bantuan kepada pendekatan yang lebih bersasar dan adil untuk mengelakkan keciciran (mereka yang patut dapat tercicir, mereka yang tidak patut dapat menerima bantuan).

“PADU adalah komponen utama untuk menjayakan satu dari reformasi utama ekonomi negara iaitu pelaksanaan subsidi bersasar. Kelayakan penerima subsidi bersasar akan ditentukan berdasarkan status sosio-ekonomi isi rumah rakyat Malaysia di dalam PADU,” kata Rafizi dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, selepas diluncurkan, PADU akan membuka kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengesahkan dan/atau mengemaskini data isi rumah mereka selama tiga bulan.

“Saya akan terus memberi maklumat terperinci mengenai PADU dalam tempoh seminggu ini. Mohon semak berita-berita dan kandungan digital mengenai PADU di semua platform setiap hari untuk mendapat maklumat lanjut.

“Saya menjemput orang ramai untuk turut sama dalam acara peluncuran PADU pada 2 Januari ini. Daftar kehadiran anda di capaian https://setahun.ekonomi.gov.my/ untuk memudahkan pengurusan majlis pada hari itu.

“Saya mohon orang ramai menyebarkan berita ini untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai PADU dan langkah subsidi bersasar yang akan dilaksanakan dalam tahun 2024 ini,” katanya lagi.

Sementara itu, orang ramai dijemput hadir untuk mendengar sendiri bagaimana PADU akan menjadi komponen utama penyasaran semula subsidi dan bantuan kerajaan. Bagi mereka yang ingin menyertai acara peluncuran ini, saudara/i boleh mendaftar di laman https://setahun.ekonomi.gov.my/

Mereka yang tidak dapat menyertai boleh mengikuti acara melalui maya yang akan disiarkan di media sosial bermula jam 10 pagi, oada hari pelancaran.

INFO: Bagaimana PADU boleh mengurangkan risiko keciciran data?

  1. PADU menggabungkan data dari pelbagai agensi kerajaan untuk membina maklumat lengkap setiap isi rumah – ibubapa, anak, pendapatan setiap isi rumah, tempat tinggal, jumlah tanggungan, jumlah anak bersekolah, kenderaan, harta, setiap bantuan yang diterima, bantuan kerajaan yang layak diterima dan sebagainya
  2. PADU menggunakan pendekatan pendapatan boleh belanja (bukannya pendapatan kasar) selepas mengambil kira tanggungan, jumlah isi rumah, kos sara hidup yang berbeza mengikut lokasi dan sebagainya untuk memastikan penilaian yang lebih adil berbanding pendekatan pendapatan mengikut B40-M40-T20
  3. PADU membolehkan semak silang data isi rumah untuk mengelakkan maklumat yang tidak tepat dalam permohonan bantuan kerajaan

Untuk memahami keberhasilan PADU dengan lebih mendalam, orang ramai boleh melayari https://www.ekonomi.gov.my/ms/padu

https://malaysiamadani.gov.my/2023/12/pm-akan-luncur-pangkalan-data-utama-padu-2-januari-depan/


Khamis, 14 Disember 2023

Kerajaan jamin pencen pesara tidak berkurangan - PM

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan menokok jumlah pencen pesara penjawat awam bagi memastikan jumlah pencen mereka tidak berkurangan daripada apa yang telah diterima ketika ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Walaupun ada keputusan mahkamah, kerajaan khususnya Perbendaharaan membuat keputusan untuk menokok jumlah yang dianggap kurang itu supaya tidak kurang daripada gaji (pencen) yang sepatutnya (diterima)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Sumbangan Kasih Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) dan Yayasan Alumni PTD di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, malam ini.
Pada 27 Jun lepas, Mahkamah Persekutuan membatalkan pindaan kepada undang-undang pencen menjadikan pindaan kepada Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 (PAA) itu tidak lagi terpakai kepada pesara kerajaan.
Pada Julai lepas, kerajaan telah memutuskan supaya pencen dan pencen terbitan bagi bulan Julai 2023 hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal.
Ini menyaksikan bayaran pencen bagi pegawai awam yang bersara sebelum 2013 dikembalikan kepada amaun Disember 2012, manakala pegawai awam yang bersara mulai 2013 bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara.
Bagaimanapun, Anwar berkata: "Perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal terus dibayar dalam bentuk bantuan khas yang dinamakan sebagai Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara sama seperti amaun pencen semasa iaitu amaun pencen pada Jun 2023.
Terdahulu, Presiden Alumni PTD Tan Sri Abdul Halim Ali ketika berucap pada majlis itu menyuarakan kebimbangan bahawa pencen pesara akan berkurangan pada tahun depan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan pindaan undang-undang pencen berkenaan.
Sementara itu, menyentuh mengenai kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), Anwar berkata kerajaan komited meneliti perkara itu secara mendalam, namun ia memerlukan sedikit masa.
"Dalam penyelarasan gaji ini, tentu isunya akan diteliti dan dikaji dan saya percaya SSPA ini sudah cecah 11 tahun belum ada (kajian semula). Bukan masalahnya saya hendak memenangi atau memujuk penjawat awam, tetapi ini kenyataannya.
"Sepatutnya ia disemak setiap 10 tahun, namun kerana politik itu tidak berkesudahan jadi tidak sempat fikir masalah penjawat awam. Tetapi sekarang wujudnya Jawatankuasa Semakan Semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam, Insya-Allah, ia akan dapat diatasi," katanya.
Pada majlis itu juga, Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan RM500,000 kepada Alumni PTD bagi meneruskan aktiviti persatuan itu dalam membantu memperkukuh pentadbiran dan perkhidmatan awam.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-jamin-pencen-pesara-tidak-berkurangan-pm-450014?utm_source=Telegram&utm_medium=Referral&utm_campaign=20231214%20Telegram&_gl=1*1p8m2v4*_ga*MTI1NDQ4MzAuMTcwMjUzOTkxNA..*_ga_2WBWP426R6*MTcwMjUzOTkxNC4xLjAuMTcwMjUzOTkxNC4wLjAuMA..&_ga=2.23232056.380530660.1702539914-12544830.1702539914

Jumaat, 24 November 2023

ISMAWI PUJI KEPIMPINAN ANWAR, KUKUHKAN HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA DAN KEBEBASAN MEDIA


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan ketika hadir pada Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Perdana Menteri dan Kerajaan Madani semalam


JAKARTA: Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) memuji hubungan kukuh antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Indonesia semasa kepimpinannya selama setahun.

Presiden ISWAMI Indonesia, Asro Kamal Rokan dalam artikel bertajuk 'Setahun PM Anwar Sahabat Erat Indonesia' yang diterbitkan Antara turut menekankan kepentingan kebebasan media seperti dinyatakan Anwar di Ipoh, Perak pada Mei lalu.

Menurut Asro, hubungan Anwar di Indonesia dan persahabatan dengan tokoh-tokoh nasional serta sokongan daripada tokoh berpengaruh termasuk bekas presiden BJ Habibie sebelum ini telah menyumbang kepada hubungan positif ini.

Ketika pelantikan Anwar sebagai perdana menteri hampir setahun lalu, sambutannya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia dengan tokoh-tokoh nasional Indonesia menganggapnya sebagai 'pelantikan kawan'.

"Tidak hairan, apabila PM Anwar membuat lawatan rasmi negara pertamanya ke Indonesia pada 9 Januari, beliau disambut khas oleh Presiden Joko Widodo di Istana Bogor, termasuk dengan pasukan berkuda," jelas Asro.

Ahad, 19 November 2023

PMX TOLAK GUNA MERCEDES SEBAGAI KENDERAAN RASMI


Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan Mercedes S600 yang dibeli Perdana Menteri yang lepas dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk kegunaan rasmi.

Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes Benz dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Mercedes-Benz Group,

Ola Källenius, telah mengumumkan sumbangan sebanyak €1 juta (RM5 juta) kepada organisasi Israel.

Pengumuman ini dibuat melalui akaun LinkedIn miliknya kira-kira tiga minggu lalu.

Dalam pengumuman tersebut, beliau menyatakan kesedihan atas serangan yang berlaku ke atas Israel dan hasrat untuk membantu mengurangkan beban yang mereka hadapi.

“Saya sangat terkejut dengan berita dan gambar yang disiarkan di seluruh dunia sejak serangan ke atas Israel.

Dan saya amat bimbang tentang kesan yang mungkin berlaku untuk keamanan di Timur Tengah. Saya mempunyai rakan sekerja, kenalan lama, dan kawan baik di rantau itu.

Saya berasa sedih ke atas semua orang yang menderita akibat keganasan dan yang kini berkabung atas kehilangan orang tersayang.

Perasaan saya sama juga buat mereka ramai yang cedera, mereka yang diculik, dan keluarga mereka,” petik kenyataan Ola Källenius.

Mercedes-Benz berikrar untuk menderma €1 juta (RM5 juta) kepada organisasi bantuan United Hatzalah, yang menumpukan kepada pemerolehan kenderaan penyelamat, serta Palang Merah Jerman yang menyelaraskan bantuan kemanusiaan di rantau ini bersama-sama organisasi saudara mereka.

“Kami sudah tentu sentiasa menghubungi pasukan di tapak R&D kami di Tel Aviv, di mana keselamatan mereka menjadi keutamaan,” tambah Ola Källenius lagi.

https://www.mhdaily.net/mercedes-sumbang-rm5-juta-bantu-organisasi-israel-pmx-tolak-guna-mercedes-sebagai-kenderaan-rasmi/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...