Memaparkan catatan dengan label PRU ke 13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRU ke 13. Papar semua catatan

Selasa, 16 April 2013

GANDINGAN YANG MANTAP UNTUK PARLIMEN MARANG DAN DUN RHU RENDANG


Calun-Calun PRU13 BN Terengganu

P37 Dato Yahya Bin Khatib Mohamad
Parlimen Marang

N19 Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku
Dun Rhu Rendang

Anwar Sakit Belakang, Mustafa Sakit Lutut, Hadi Sakit Otak ??

AKU JANJI BN TERENGGANU yang membuatkan HADI Sakit Otak memikirkannya. Janji Ditepati Terengganu Makmur, Rakyat Sejahtera.

BN tampil muka baru– 33 % di Parlimen dan 49 % di DUN


penyerahan senarai calon BN
Barisan Nasional hari ini mengemukakan 33 peratus muka baru bagi bertanding di 222 kerusi Parlimen dan 49 peratus di Dewan Undangan Negeri (kecuali Sarawak) yang melibatkan 505 kerusi di seluruh negara dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) yang ditetapkan pada 5 Mei 2013.
Daripada keseluruhan calon yang mewakili BN, 31 peratus calonnya adalah terdiri daripada golongan professional dan ulama manakala lebih daripada 91 peratus (calon yang dicalonkan bertanding dalam kerusi Parlimen) adalah berkelulusan tertinggi paling minimum ialah peringkat diploma.

Ahad, 14 April 2013

Ahli UMNO Diberi Amaran, Tindakan Segera Diambil Jika Sabotaj Parti


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran tindakan tegas akan diambil tanpa menunggu selepas tamat pilihan raya jika anggota parti didapati terlibat mensabotaj parti.
Beliau berkata Lembaga Disiplin parti telah melantik pemantau di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memantau dan melaporkan kes-kes sabotaj parti semasa pilihan raya umum ke-13 berlangsung.
“Laporan-laporan akan dihantar langsung ke ibu pejabat dan tindakan tidak akan ditunggu selepas pilihan raya, sebaliknya dibuat ketika pilihan raya berlangsung.
“Tindakan disiplin akan dilakukan kerana pengerusi lembaga disiplin telah mengumumkan beberapa tindakan telah ditetapkan,” katanya selepas majlis Mesra Rakyat di Kampung Sungai Batang di sini, Jumaat.
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO,  Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen sebelum ini berkata anggota parti yang didapati bersalah melakukan perbuatan sabotaj boleh dipecat dan digantung keanggotaan.

Sabtu, 13 April 2013

PRU-13: Bekas pegawai kerajaan sertai parti politik kerana masih ingin berkuasa


SHAH ALAM 13 April - Bekas pegawai tinggi kerajaan yang bersetuju untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mungkin masih ingin berkuasa seperti semasa masih berkhidmat dulu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpandangan, mereka tidak dapat melupakan kuasa yang dipegang sebelum ini, membuatkan mereka bersetuju menerima tawaran daripada parti politik.

Bagaimanapun ujar beliau, mereka ini berisiko untuk dikenakan tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi jika tidak berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan.


Jumaat, 12 April 2013

PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT, TIDAK MENGENAL ERTI PENAT LELAH

Banjir yang berlaku di belakang Masjid RUSILA

Penat, lelah dan bosan tiada dijiwa pemimpin berjiwa rakyat demi untuk memertabatkan "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".  Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk warga DUN Rhu Rendang.

Jika ditafsirkan, apalah gunanya beliau memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk warga Rhu Rendang, sedangkan ADUNnya sendiri Haji Hadi Awang tidak menunjukkan minat serta tidak membuat sesuatu kepada kawasannya sejak 31 tahun yang lalu. ADAKAH ITU ADIL atau MEMBERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK SERTA BERKEBAJIKAN kepada pengundi-pengundinya sejak kian lama ??? KLIK

Ahad, 7 April 2013

PEMBANGKAN MEMPERKENALKAN "MANIFESTO FANTASI DAN KHAYALAN"


 
CIRI-CIRI UTAMA:
  • BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.
  • 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
  • Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
  • Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.
  • Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.
  • Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.
  • BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.
  • Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
  • Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.
  • Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
  • 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.
  • Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.
  • Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
  • Membina Lebuh raya Pan Borneo.
  • Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
  • Sekolah satu sesi diperluaskan.
  • Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
  • Transformasi sekolah vokasional.
  • 4,000 anggota Polis setiap tahun.
  • Penggunaan SafeCam.
  • Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.

Sabtu, 6 April 2013

Manifesto Bukan Janji : Rumusan Dan Dapatan Keseluruhan Manifesto 'Karut' Pakatan Pembangkang


1. Setelah dikaji dan diteliti Manifesto 'karut' ini, telah didapati beberapa perkara menarik yang boleh dikupas dan dijelaskan.

Jumaat, 5 April 2013

PERANGAI BURUK PAS KIAN TERSERLAH


Kemelut dalaman yang sedang melanda Pas ketika ini beberapa negeri menunjukkan betapa buruknya parti itu apabila diberikan sedikit peluang untuk memegang kuasa, demikian pandangan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz  Hj Mohd Afandi Yusof.
“Apa yang berlaku itu sebenarnya satu rahmat…..kenapa saya katakan begitu…Ini kerana jika Pas sebelum ini cukup lantang mengatakan mereka berbeza dengan UMNO, itulah jawapannya iaitu Pas juga sebuah parti politik.
“Pelbagai kemelut dan juga masalah calon dan perebutan kerusi antara mereka dan sebagainya lagi adalah satu bukti jelas dan nyata yang mana mereka juga seperti parti-parti politik lain. Tidak ada bezanya.

Khamis, 4 April 2013

DUN Terengganu dibubar secara rasmi berkuatkuasa 03/04/2013



Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-12 dibubarkan secara rasmi berkuatkuasa semalam, (3 April) selepas Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Badariah, Kuala Terengganu, jam 8 malam tadi.

Sehubungan itu, bermula hari ini 32 kerusi DUN seluruh negeri terbubar secara automatik dan kosong selepas watikah pembubaran itu mendapat perkenan baginda. 


Yang Dipertua DUN, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, berkata pembubaran itu dilaksanakan bagi membolehkan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

BN AKAN TERUSKAN MEMBELA NASIB RAKYAT

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menegaskan Barisan Nasional (BN) akan meneruskan kesinambungan perjuangan membela nasib rakyat jika terus diberi mandat mentadbir Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). KLIK

Katanya, rakyat di negeri ini tidak wajar menolak tuah pada pilihan raya nanti kerana BN sudah banyak berjasa kepada rakyat dalam pelbagai aspek. 

Rabu, 3 April 2013

PEMBOHONGAN HAJI HADI TERBONGKAR SATU PERSATU ??

Gong Cempedak
Rungutan serta rintihan mula kedengaran bertali arus dari WARGA DUN RHU RENDANG apa yang telah dijanjikan oleh Haji Hadi semasa menerajui kepimpinan Dun serta Parlimen Marang sejak 31 tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Berlebih-lebih lagi semasa menghampiri pilihanraya.

Setelah dipilih untuk menerajuinya, penduduk tidak diperduli, tiada sebarang pembangunan diujudkan, apatah lagi projek mega untuk rakyat Marang ?? sekecil-kecil pembangunan pun tiada umpamanya pembinaan masjid.

PENIPUAN DEMI UNTUK POLITIK serta pujukan terus berlaku sepertimana yang dilaporkan DISINI


Selasa, 2 April 2013

TERKINI #PRU13..!!! CONFIRM PARLIMEN BUBAR JUMAAT NI..???


Adalah menjadi amalan setiap kali Parlimen hendak dibubarkan, akan diadakan sesi bergambar terakhir melibatkan jemaah Menteri penggal yang berkenaan.

Dalam erti kata lain, sesi bergambar kabinet menjadi petanda paling jelas bahawa Kabinet hampir pasti dibubarkan dalam masa terdekat.

Maklumat yang diterima Mynewshub, sesi bergambar terakhir Kabinet akan diadakan sebelah pagi pada Rabu ini yakni sebelum mesyuarat Kabinet bermula di Putrajaya.

Mungkin Kabinet tidak akan dibubarkan dalam hari yang sama, tetapi ia sudah terlalu hampir.

Sumber:
Apakah hari Jumaat?

Jumaat, 29 Mac 2013

DAP GANTI PAS dan BUKANNYA PAS GANTI UMNO.. Ala Balerr !!!.

40 dalil Pas tidak layak ganti Umno



Sebuah buku bertajuk “Ala Balerr!!!” sedang diedarkan di negeri ini bagi mendedahkan mengapa Pas tidak layak menggantikan Umno, untuk memberi pilihan kepada rakyat menilai Pas yang sebenar.

Lima sebab mengapa Pas tidak layak menggantikan Umno seperti yang digariskan penulis buku berkenaan ialah:

Khamis, 28 Mac 2013

Seminar Gagasan 1Malaysia Wanita UMNO Dun Rhu Rendang

Rhu Rendang 27/03/2013 - Seminar Gagasan 1Malaysia anjuran Wanita UMNO Rhu Rendang berlangsung di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang, dengan kehadiran seramai 300 orang peserta. Peserta yang hadir adalah terdiri daripada Ketua Wanita UMNO Cawangan serta AJK.

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Senator Toh Puan Hajjah Zaiton, selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang. Turut hadir Pegawai Pembangunan DUN  Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Penceramah Undangan Tuan Haji Abdullah dari BTN Negeri Terengganu, Puan Hajjah Zaharah dan Tuan Haji Maliki Kassim.

Sebelum majlis perasmian berlangsung, para peserta telah didendangkan dengan penceramah jemputan berkait isu-isu semasa bagi menghadapi PRU yang ke 13.

Isnin, 25 Mac 2013

ROS BATAL PENDAFTARAN DAP - PAKATAN RAKYAT HURU-HARA ???

KOTA BAHARU: Tindakan seorang anggota PAS yang mahu menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil adalah tindakan yang boleh memecahbelahkan pembangkang, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz nyata kecewa dengan tindakan Ketua PAS cawangan Guchil Hulu, Kuala Krai, Muhamad Bustaman Yaacob yang mahu bertanding menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), di samping calon Barisan Nasional (BN) di DUN itu.

Ahad, 24 Mac 2013

Pengundi Wanita Penentu Kemenangan Kerajaan BN Terengganu


KUALA TERENGGANU: Pengundi wanita memainkan peranan penting dan menjadi undi penentu kemenangan Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal mentadbir Terengganu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata wanita kini dilihat sebagai penggerak utama termasuk kepada parti politik seperti BN dan Umno.

Sabtu, 23 Mac 2013

Empat Pesanan Kepada Pemimpin & Penyokong BN Sebelum PRU-13 - TPM


MARANG: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi empat pesanan penting kepada pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) demi untuk meneruskan prinsip perjuangan parti selepas 56 tahun memerintah.
Pesanan itu ialah setiap anggota BN perlu memberi penekanan kepada soal perpaduan dalam parti, tidak menimbulkan sebarang masalah kepada parti, menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan dan berjumpa pengundi yang menjadi penentu kepada nasib BN untuk lima tahun lagi.

Jumaat, 22 Mac 2013

Polis sedia hadapi pelbagai kemungkinan ketika pilihan raya


KUALA LUMPUR 21 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan dalam pilihan raya kali ini biarpun dijangkakan lebih mencabar berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata, PDRM melakukan persiapan rapi kerana komited untuk merealisasikan hasrat dan dasar dalam menentukan ketenteraman awam diberi keutamaan demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, antara persiapan yang dibuat termasuklah mengadakan kursus, mengenal pasti bentuk penugasan pilihan raya, keperluan logistik dan kebajikan.

Sabtu, 9 Mac 2013

Menjelang PRU, bapa Saiful kata Anwar tak liwat - ANEH


KUALA LUMPUR: Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan hari ini mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak meliwat anaknya dan berkata ia konspirasi pihak tertentu untuk kepentingan politik.
 
Azlan Mohd Lazim membuat dakwaan itu pada sidang media di sebuah apartmen di Gombak, beberapa minggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).  
 
Hanya media terpilih termasuk beberapa portal pembangkang dijemput untuk mendengar Azlan membaca kenyataannya itu.
 
Saiful tidak ada pada sidang media berkenaan, yang disifatkan oleh beberapa wartawan sebagai “aneh”.   
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...