Khamis, 28 Mac 2013

Seminar Gagasan 1Malaysia Wanita UMNO Dun Rhu Rendang

Rhu Rendang 27/03/2013 - Seminar Gagasan 1Malaysia anjuran Wanita UMNO Rhu Rendang berlangsung di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang, dengan kehadiran seramai 300 orang peserta. Peserta yang hadir adalah terdiri daripada Ketua Wanita UMNO Cawangan serta AJK.

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Senator Toh Puan Hajjah Zaiton, selaku Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang. Turut hadir Pegawai Pembangunan DUN  Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Penceramah Undangan Tuan Haji Abdullah dari BTN Negeri Terengganu, Puan Hajjah Zaharah dan Tuan Haji Maliki Kassim.

Sebelum majlis perasmian berlangsung, para peserta telah didendangkan dengan penceramah jemputan berkait isu-isu semasa bagi menghadapi PRU yang ke 13.

YB Senator Toh Puan Hajjah Zaiton dalam ucapan ringkas serta padat, meminta semua jentera Wanita UMNO perlu bergerak aktif dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan demi untuk menentukan peralihan kuasa dari tangan pembangkang pada PRU ke 13 akan datang.

Selain daripada itu beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Haji Nik Dir yang telah memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Wanita UMNO dalam apa jua keadaan demi menentukan jentera pilihanraya berjalan dengan lancar dan teratur untuk mencapai matlamat pucuk pimpinan parti.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...