Selasa, 12 Mac 2013

Program Bina Jati Diri Pemuda/Wanita DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang 11/03/2013 - Program Bina Jati Diri Pemuda/Wanita DUN Rhu Rendang berlangsung di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Turut hadir Tuan Haji Nik Dir Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Samsuddin Sulong, Pengarah UKOM Negeri Terengganu, Penyelaras Pemuda/Wanita DUN Rhu Rendang, Ketua-Ketua Cawangan Pemuda/Puteri UMNO DUN serta wakil guru-guru.

Program diserikan lagi dengan majlis makan malam sebelum aturcara bermula dengan ucapan Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Ucapan ringkas tapi padat mengingatkan kepada semua ketua-ketua cawangan menjaga pengundi masing-masing dengan meningkatkan lagi pertemuan berkala sehinggalah hari mengundi.

Pembekalan segala kemudahan serta latihan telahpun diberikan secukupnya termasuk segala peralatan keperluan yang diperlukan untuk menghadapi PRU ke 13.


UMNO lah yang mampu untuk menyatupadukan orang-orang Melayu sebagaimana yang dinyatakan oleh TUN MAHATHIR semasa lawatan beliau ke Marang baru-baru ini, agar PAS ditewaskan dalam PRU ke 13.

Orang Melayu hanya tinggal kuasa sahaja untuk memerintah di negara ini, sedangkan ekonomi dikuasai oleh bangsa Cina. Jika ada kuasa memerintah barulah orang Melayu boleh bertindak sebagaimana yang dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib sekarang ini.


Ucapan bersemangat turut disuarakan oleh Tuan Haji Samsuddin Sulong, Pengarah UKOM Negeri Terengganu dengan begitu tegas serta bertenaga, memberi semangat agar Pemuda/Puteri UMNO serta jentera pengerak dalam PRU ke 13 terus melancarkan gerak-gempor bagi menentukan DUN Rhu Rendang dapat ditawan semula daripada PAS.

Beliau juga menyuarakan rasa kecewa sejak PAS menguasai DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang, tiada sebarang pembangunan dan lain-lain keperluan diujudkan, malah PAS terus mensabotaj tugas-tugas murni yang dibuat oleh UMNO. Oleh yang demikian perjuangan PAS yang selama ini mereka katakan perjuangan Islam, yang sebenarnya adalah menyeleweng daripada dasar Islam yang sebenar.

Janganlah kita memberi pertolongan atau memberi undi serta menyokong kepada orang-orang yang merancang untuk membuat huru-hara, perpecahan kepada Umat Islam seperti mengadakan demontrasi termasuklah pencerobohan di Lahat Datu yang berlaku baru-baru ini. Adakah ini Islam tulin namanya ?

PAS masih lagi memegang teguh kepada 3 prinsip sepertimana berikut dimana terang dan jelas memperlihatkan prinsip itu dipegang teguh oleh anasir-anasir kafir harbi, yahudi keatas umat Islam iaitu Cakap Bohong (pelawak), Mungkir Janji dan diberi amanah untuk melaksanakannya  tidak dilaksanakan sepertimana di negeri Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Diakhir ucapannya, beliau sekali lagi menegaskan bahawa beliau bersama bala tenteranya dari UKOM Negeri akan memberi bantuan sepenuhnya kepada DUN Rhu Rendang, demi untuk mencapai matlamat kemenangan yang besar kepada BN dalam PRU ke 13.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...