Khamis, 21 Mac 2013

Penyerahan E-Book Pelajar Tahun 4 DUN Rhu Rendang

Rhu Rendang 19/03/2013 - Program Penyerahan E-Book kepada pelajar-pelajar Tahun 4 DUN Rhu Rendang berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.

Seramai 656 orang pelajar diseluruh Sekolah Kebangsaan DUN Rhu Rendang menerima e-book yang telah disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Terengganu.


Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Pegawai Daerah Marang, Tuan Haji Abdul Rahman Che Ali.


Beliau bekata, pada pertenghan tahun ini kira-kira 4,000 guru yang mengajar Tahun Empat di semua sekolah rendah akan dibekalkan dengan komputer riba secara percuma.

Sehingga ini, kira-kira 114,000 murid sekolah rendah di seluruh negeri telah diberi e-Book melibatkan perbelanjaan RM114 juta sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009.

“Kita membuat pelaburan yang besar pada setiap tahun bagi membiayai bidang pendidikan, termasuk membeli e-Book bagi kegunaan murid-murid dari Tahun Empat hingga Tahun Enam di semua sekolah rendah,” katanya.


Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...