Memaparkan catatan dengan label Khatam Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khatam Quran. Papar semua catatan

Ahad, 21 Oktober 2012

21,610 pelajar Kelas KAFA khatam Quran


Seramai 21,610 pelajar Kelas al-Quran dan fardu Ain (KAFA) dari tahun satu hingga enam seluruh negeri berjaya khatam al-Quran tahun ini berbanding 20,133 pelajar tahun lalu.

Majlis khatam al-Quran telah diadakan serentak hari ini di lapan Parlimen iaitu Besut (3,186), Setiu (2,653), Kemaman (2,349), Dungun (2,555), Hulu Terenggau (1,933), Marang (2,551) dan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Batu Rakit (6,383). 


Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang merasmikan majlis khatam bagi Parlimen Kuala Terengganu di stadium Tetutup Kompleks Sukan Gong Badak turut berlintas langsung bersama YB Haji Rozi Mamat yang merasmikan majlis di Hulu Terengganu dan Dato’ Haji Mohamad Awang Tera bagi Parlimen Kemaman.

Rabu, 22 Ogos 2012

YIT sasar 9,000 kanak-kanak khatam al-Quran


Kira-kira 9,000 kanak-kanak yang mengikuti pendidikan awal di institusi kelolaan kerajaan negeri dan pusat di Terengganu akan menyertai Majlis Khatam dan Pintar al-Quran yang dijangka diadakan pada Oktober atau November ini.

Bilangan itu melibatkan kanak –kanak berusia 5 dan 6 tahun daripada empat gabungan tadika iaitu Yayasan Islam Terengganu (YIT), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional (JPIN).

Berdasarkan rekod, jumlah penyertaan kanak-kanak terhadap program itu semakin meningkat pada setiap tahun berikutan mendapat sokongan dan komiten padu daripada pelbagai pihak terutama ibu bapa, guru dan pemimpin setempat.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan UPKK Parlimen Marang


Marang 29/10/2011 - Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Kecemerlangan UPKK Pelajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) kawasan Parlimen Marang berlangsung pada hari ini bertempat di Masjid Sultanah Nur Zahirah, Bandar Marang. Majlis telah dirasmi dan disempurnakan oleh YB Tuan Haji Alias bin Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat.

Turut hadir dimajlis tersebut, Pegawai Daerah Marang - Tuan Haji Abdul Rahman Ali, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang - Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku serta tetemu jemputan, ketua-ketua jabatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...