CIA didakwa bantu polis New York buat intipan di masjid, pantau kegiatan masyarakat.
NEW YORK: Organisasi pembebasan hak asasi Muslim Amerika Syarikat kelmarin menggesa siasatan persekutuan dan sesi keterangan di Senat terhadap laporan menunjukkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) membantu Jabatan Polis New York (NYPD) mengumpul maklumat perisikan di masjid dan kawasan etnik minoriti.