Memaparkan catatan dengan label DUN Rhu Rendang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DUN Rhu Rendang. Papar semua catatan

Sabtu, 2 November 2024

PERKHIDMATAN "SATU MARANG" ADALAH TERBAIK DAN TERCANGGIH DIMALAYSIA???

Marang 02 Nov 2024 -  Perkhidmatan libat urus 'SATU' Daerah Marang adalah yang terbaik dan tercanggih di Malaysia.  Sebabnya, jika pelanggan2 yang datang untuk membayar Bil menggunakan Kad ATM dan sebagainya tidak akan diterima, kerana TIADA MESIN tertentu untuk membayar secara 'ONLINE' sepertimana yang disediakan dipejabat lain contoh di TNB.  Pelanggan terpaksa keluar semula untuk mengambil duit (tunai) dimana2 mesin ATM yang berdekatan kemudian datang semula untuk membayar di kaunter SATU.

Selain daripada itu, jika pelanggan yang datang untuk membayar bil tepat jam 12.00 tengahari, telah diarah untuk menunggu dikerusi khas atau diarah datang semula kerana "KAUNTER PEMBAYARAN DITUTUP" sehingga jam 2.00 petang.

Beginilah caranya pengurusan yang dilaksanakan di SATU Daerah Marang.   Cukup menjijikkan serta menyusahkan pelanggan yang datang untuk berurusan pembayaran bil.

Selain daripada itu, "GANGGUAN KETIADAAN BEKALAN AIR" sering terjadi terutama dikawasan KG. RHU MUDA dan disekitarnya.  Boleh dikatakan kerap kali terjadi sejak beberapa tahun hingga ke hari ini.

Pejabat SATU Daerah Marang adalah dibawah DUN Rhu Rendang, dimana Pegawai DUN nya adalah DS Ahmad  Samsuri sebagai MENTERI BESAR TERENGGANU.


Selasa, 2 Januari 2024

KETIADAAN AIR BERULANG-ULANG SEJAK 5 TAHUN HINGGA SEKARANG


 Terlalu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab yang digalas agaknya, mengabaikan tugas dan dipertanggungjawabkan, serta merapatkan diri dengan pengundinya.  Selama (5) lima tahun tiada menampakkan sebarang perubahan walaupun sedikit untuk pengundi, terutama masyarakat setempat.

Diujudkan MPKK juga tidak berfungsi hanya mementingkan diri sendiri dan kroninya.  Elaun diterima untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, tetapi sebaliknya.

Kejadian ketidaan air seringkali berlaku, terutama tengahari berlebih-lebih lagi waktu petang hingga lewat pagi.

Fikir2kan lah untuk kepentingan masyarakat, saudara mara sendiri jugak.  Tepuk dada tanya selera dan mana baik dan mana yang tidak baik.  Tanggungjawab telah diberi, tunaikan lah.... jika tidak...... ALLAAHHUAKHBAR.  Jawablah nanti.... 

Isnin, 23 April 2018

#PRU 14: MUNGKIN BERLAKU DI MARANG ???


KUALA TERENGGANU - Protes yang dilakukan segelintir ahli Umno kerana TIDAK BERPUAS HATI TERHADAP CALON BN bagi Dun Cukai di beberapa lokasi di sekitar Bandar Cukai, membimbangkan Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said.

Menurutnya, jika ia berterusan, ia bukan sahaja akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi kerusi Dun Cukai, malah akan memberi kesan undi bagi Parlimen Kemaman.

“Hari ini, saya sudah terima gambar-gambar bahawa ada yang menolak calon Cukai itu. Saya dapat maklumat, kemungkinan ada pusat daerah mengundi (PDM) dan markas-markas akan ditutup.

“Saya sudah turun ke markas-markas sebelum ini (berkempen) tapi ini (protes) mungkin akan menjejaskan undi majoriti Parlimen Kemaman,” katanya, semalam.

Difahamkan, protes itu dibuat sejak awal pagi kerana ada yang tidak berpuas hati dengan calon pilihan.

Datuk Mohamed Awang Tera yang sebelum ini ‘direhatkan’ pada PRU13 kembali semula apabila dipilih bertanding di Dun Cukai.

Pada PRU13 yang lalu, calon BN,  Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid tewas kepada calon Pas, Hanafiah Mat dengan undi majoriti 2,446.

Ketika ditanya bagaimana ingin mengatasi masalah itu, Ahmad menjelaskan, dia tidak tahu bagaimana ingin menyelesaikannya memandangkan dia tidak terlibat dalam pemilihan calon kali ini.

“Maksudnya, orang Cukai nak siapa? Mereka perlu tahu hati nurani rakyat akar umbi nak siapa. Bagaimana orang yang kuat bekerja tetapi tiba-tiba diketepikan. Kita ambil calon lama yang telah dibersarakan.

“Jika tanya saya peluang untuk menang di Dun Cukai, ia almost impossible (hampir mustahil). Saya sudah maklumkan (kepada pimpinan) tetapi ini keputusannya dan risikonya, kita tanggunglah.

“Saya jenis cakap terus terang sebab saya sayangkan Umno Tereng-ganu, saya sayangkan BN. Saya ingin BN memerintah Terengganu, sebab itu saya dalam Umno, ini terbukti,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI


Ahad, 22 April 2018

#PRU 14: PILIH CALON TERBAIK UNTUK WARGA DUN RHU RENDANG


MARANG - Agenda utama calon Pas bertanding pada PRU14 adalah untuk MEMBERI PERKHIDMATAN TERBAIK kepada rakyat tidak kira sama ada bertanding di kubu kuat parti itu atau sebaliknya.

Demikian tegas Pengarah Pilihan Raya Pas, PROF DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR yang dinamakan sebagai calon baharu di KERUSI RHU RENDANG bagi meneruskan legasi Pas di kubu kuat parti itu pada PRU14.

Beliau menggantikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kerusi Dun Rhu Rendang yang telah disandang pemimpin utama parti itu selama 36 tahun iaitu selama lapan penggal.

“Pendapat orang ramai bahawa Dun Rhu Rendang adalah kubu kuat Pas tetapi bagi Pas kita melihat seluruh kerusi yang ada di dalam Terengganu dan tempat tempat lain adalah kerusi yang memerlukan setiap calon yang terlibat dalam pilihan raya ini untuk turun dan bertemu dengan rakyat seramai mungkin,” katanya.

Beliau ditemui selepas pengumuman Majlis Pengisytiharan Calon Pas Terengganu PRU14 oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang di Dewan Tok Guru, Rusila, malam kelmarin.

Isnin, 2 April 2018

#PRU14: PARLIMEN MARANG AKAN MENJADI MILIK UMNO-BARISAN NASIONAL (BN) BETUL KE ????


Timbalan Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku yakin PARLIMEN MARANG AKAN MENJADI MILIK UMNO-BARISAN NASIONAL (BN) PADA PILIHAN RAYA KE-14 (PRU14)???

Justeru Nik Dir menyifatkan kawasan Marang yang kini disandang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bukan lagi kubu kuat PAS dan percaya pengaruh parti itu akan berakhir pada PRU14 ini. 

Nir Dir menyatakan akan berlakunya persaingan sengit di kawasan tersebut namun beliau yakin Barisan Nasional (BN) akan menang.

"Persaingan pastinya sengit namun saya yakin BN akan menang kali ini. Keyakinan ini berdasarkan tahap perpaduan dalam parti bersama semangat, komitmen ditunjukkan semua jentera parti.

"Ini termasuklah sayap wanita dan puteri serta veteran Umno yang konsisten berada pada tahap tinggi,” katanya dilapor Sinar Harian.

Tambahan Datuk Nik juga yakin Umno mampu manawan kerusi DUN Rhu Redang yang turut disandang oleh Hadi.

"BERDASARKAN REAKSI RAKYAT, SAYA PERCAYA Rhu Rendang akan menjadi milik BN dengan bantuan hampir 10,000 ahli Umno, pengundi atas pagar dan pengundi PAS yang tidak berpuas hati dengan parti mereka," katanya.

Ahad, 5 Mei 2013

Analisis PRU-13: Akan berlaku kejutan di Parlimen Marang?


PARLIMEN Marang pastinya merupakan salah satu kawasan yang menjadi sorotan umum esok kerana di sini kerusi dan masa depan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mampukah gandingan barisan calon transformasi yang diketengahkan untuk bertanding di kerusi Parlimen dan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Bukit Payung dan Alor Limbat melenyapkan pengaruhnya dan mungkin kerjaya politiknya?

Berdasarkan perkembangan semasa, ada kalangan pemerhati politik menjangkakan tidak mustahil calon-calon BN diketuai Datuk Yahya Khatib Mohamad (Parlimen Marang), Nik Dir Nik Wan Ku (Rhu Rendang), A. Latiff Awang (Pengkalan Berangan), Zaidi Muda (Bukit Payung) dan Alias Abdullah (Alor Limbat) mampu membuat kejutan besar.

Ahad, 28 April 2013

HADI REBAH DI PARLIMEN MARANG DAN DUN RHU RENDANG


Lima gempur satu strategi calon BN
HADI TIDAK MAMPU UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN UNTUK RAKYAT MARANG SEJAK 31 TAHUN

MARANG – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Marang, Datuk Yahya Khatib Mohamad tidak mahu menganggap dirinya sebagai calon ‘underdog’ dalam pertembungannya dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagi kerusi berkenaan.


Sebaliknya, Yahya menjangkakan pertarungan antara BN dan Pas di kerusi panas itu akan berlangsung sengit kerana mempunyai peluang sama rata.

“Saya meramalkan peluang saya (untuk menang) di kerusi Parlimen Marang adalah 50 peratus, malah peratusan itu dijangka terus meningkat apabila seluruh jentera parti menggandakan gerak kerja,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sabtu, 17 November 2012

AWAS – RAKYAT RHU RENDANG, PARLIMEN MARANG SEDANG MEMERHATIKAN HADI..


Apakah Hadi sendiri menunaikan tanggungjawab terhadap pengundinya di Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang? Apakah Hadi sebagai pemimpin nombor wahid dalam PAS menunaikan amanah kepada perjuangan parti dan umat Islam?

Maka berkatalah Tok Guru Hadi Awang bahawa kita perlu berubah dengan meletak tanggungjawab memimpin negara kepada individu amanah.

Individu ini bukan sahaja mampu bangunkan negara, tetapi juga amanah dalam pemerintahan dan adil kepada rakyat.

Maka berkata lagi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa rasuah dan jenayah merosakkan negara sehingga boleh menjadikan rakyat mundur walau sudah lebih setengah abad merdeka.

Isnin, 24 September 2012

Rhu Rendang Tetap Dapat Perhatian Kerajaan Negeri Walau Dikuasai Pembangkang


MARANG, 23 Sept (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang terletak dalam Parlimen Marang adalah antara destinasi tumpuan pelancong yang terkenal di Terengganu.
Jika berkunjung ke kawasan ini, pelancong pasti tidak lupa untuk singgah ke Kelulut untuk mencari keropok lekor yang dijual di puluhan gerai yang terletak di tepi pantai dengan berlatar belakangkan keindahan panorama Pulau Kapas.

Bagi penggemar air nira yang juga dipanggil air tuak oleh penduduk setempat, jalan raya sepanjang Pantai Kelulut juga adalah persinggahan wajib untuk melepaskan dahaga, sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu mahupun Kuantan.

Ahad, 29 April 2012

PEMIMPIN BERSAMA VETEREN UMNO DAERAH MARANG


Marang 28/04/2012 - Program Pemimpin Bersama Veteren UMNO Bahagian Marang telah diadakan di Dewan Balai Raya JKKK Bukit Merah, Marang, Terengganu, yang dihadiri lebih kurang 135 orang Veteren UMNO dari seluruh Daerah Marang.

Selasa, 24 April 2012

AMANAT DS HADI 1982 DIBATALKAN - BERIMAMKAN ORANG UMNO TAK SAH ???


Image Detail
Kerajaan negeri bersedia menerima penarikan semula amanat yang pernah dibuat bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang) berhubung isu berimamkan orang Umno tidak sah sehingga mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam di negeri ini.

Sabtu, 31 Mac 2012

Penerima BR1M DUN Rhu Rendang Berterima Kasih Kepada BN



Jika 7,000 penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bersama isteri dan suami atau anak masing-masing di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang dianggarkan bersamaan 14,000 pengundi memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, BN boleh memenangi kerusi DUN ini, kata Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...