[ 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗢𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗚𝗜𝗦𝗕𝗛]
Tan Sri & Puan Sri, Dato' Seri &
Datin Seri, Dato & Datin, Haji & Hajjah serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan
yang dihormati sekelian,
Melihatkan pada perkembangan terkini dari
sidang Parlimen hinggalah ke sidang live tiktok dari pihak BERSATU dan PAS (PN)
berkaitan isu GISBH, kami merasa terpanggil untuk menyuarakan keresahan kami
sebagai team pembela kepada mangsa-mangsa kezaliman GISBH.
Kami melihat seperti ada sesuatu yang
tidak kena dari tindakan dan ucapan anda semua mewakili pihak pembangkang
Malaysia dalam hal ini, kerana nampaknya isu GISBH seolah-olah telah menjadi
isu yang boleh ditunggang atas kepentingan politik bagi pihak pembangkang.
Kenyataan dan ucapan dari beberapa orang ahli Parlimen dari pihak pembangkang seperti Dato Takiyuddin Hassan dan beberapa ahli Parlimen yang lain di dewan Parlimen baru-baru ini benar- benar membuatkan kami merasa sedih dan kesal.
Tidakkah anda semua tahu betapa ramainya
insan yang telah menjadi mangsa kezaliman dari sistem ekonomi perhambaan,
jenayah kemanusiaan, kultus dan ketaksuban yang mereka alami ketika berada di
dalam GISBH, sebuah syarikat yang diasaskan dengan ajaran sesat yang telah berakar
umbi dari ajaran Al Arqam?
Kami merasa lebih kecewa, setelah
mendapati seorang ahli politik Datuk Tun Faisal Ismail bin Aziz (TUN FAISAL)
yang merupakan Ketua Penerangan Bersatu Wilayah Persekutuan telah menggunakan
media sosial beliau seperti live tiktok sebagai satu medan untuk memfitnah
sebahagian dari mangsa2 kezaliman GISBH tanpa menerima penerangan dari kedua -
dua pihak.
Beliau menjemput seramai mungkin pengikut
taksub GISBH untuk masuk kedalam live beliau dan mengaibkan serta mengutuk dengan
kata2 fitnah dan tuduhan berat kepada bekas- bekas ahli GISBH yang telah keluar
dari syarikat itu dan menyatakan kebenaran dari pengalaman mereka ketika
didalam GISBH.
Dalam satu hantaran di Facebook beliau,
TUN FAISAL juga telah menuduh sidang media oleh mangsa2 kezaliman GISBH bersama
para peguam yang hadir TELAH DIBAYAR oleh satu pihak untuk sesuatu tujuan.
Kami MENYANGGAH tuduhan ini, dan
menganggap ini adalah satu fitnah jahat.
Kami dengan tegas menyatakan disini
bahawa semua yang kami lakukan adalah di atas dasar membela mangsa kezaliman
dan menegakkan keadilan buat mereka.
Kami mendesak TUN FAISAL menarik semula
kenyataan fitnah tersebut, juga menyeru pihak BERSATU dan PAS (PN) mengambil
satu tindakan tegas atau menasihati beliau atas perbuatan TUN FAISAL yang
sangat berat sebelah dan menjadi wasilah untuk berlakunya fitnah kepada pihak
kami.
Seruan kami juga buat pihak BERSATU dan
PN dari blok pembangkang Negara Malaysia, supaya berlaku adil dengan mendengar
juga keluhan, pengaduan dan kisah dari kami sebagai mangsa2 kezaliman GISBH
yang telah mengalami pelbagai penderitaan, kecederaan fizikal dan mental juga
pembaziran masa dan tenaga ketika bersama GISBH dahulu.
Berkaitan isu GISBH ini, DYMM Yang Di
Pertuan Agong juga telah bertitah dgn
tegas supaya ajaran sesat GISBH ni ditangani dgn segera dan dibanteras dengan
bersungguh-sungguh. KDYMM Sultan - Sultan dari beberapa negeri dalam Malaysia
juga telah bertitah supaya ajaran2 sesat, terutamanya GISBH tidak dibiarkan
terus merosakkan umat islam di negeri2 dalam Malaysia.
Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri2,
Jabatan2 Mufti dan juga para Mufti Negeri di Malaysia juga sudah membuat kajian
yang mendalam dengan sangat teliti mengenai ajaran sesat GISBH, bahkan sudah
ada beberapa negeri yang telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran GISBH ini
menyimpang dari ajaran Islam sebenar.
Mengapakah pihak BERSATU dan PAS (PN) dilihat seperti bersungguh sungguh dalam
membela perkara yang merosakkan akidah ummah ini?
Sepatutnya perkara ini janganlah
diganggu, dan ianya harus diserahkan kepada pihak berwajib yang lebih
berkelayakan dan lebih tahu kaedah dan cara untuk menanganinya.
Keputusan JKM untuk mengambil dan menjaga
anak2 pengikut GISBH ni bukanlah dibuat sesuka hati, tetapi ianya dibuat
setelah dilakukan perbincangan dari berbagai agensi dalam kerajaan yang
terlibat dalam menangani isu ajaran sesat dan jenayah kemanusiaan GISBH.
Kanak2 didalam GISBH telah dimanipulasi
serta diperguna dengan menjadikan mereka anak yatim di rumah amal GISBH untuk
mengutip dana.
Anak2 GISBH tidak diberi pendidikan yang
betul. Mereka telah ditanam dgn doktrin sesat sejak kecil lagi. Mereka juga
dibiarkan tinggal di rumah2 amal GISBH serta diabaikan oleh ibu bapa mereka
yang kononya 'sibuk berjuang' mengembangkan ajaran sesat GISBH.
Oleh itu, agensi2 yang terlibat telah
membuat keputusan mengambil dan menjaga anak2 GISBH itu serta memberi
pendidikan yang betul, supaya anak2 itu dapat diselamatkan dan tidak menjadi
generasi yang rosak.
Usaha pihak Kerajaan dan agensi2 yang
terlibat sangat murni, bagi memastikan semua pengikut ajaran sesat GISBH dapat
dipulihkan dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Yakinlah bahawa isu GISBH bukanlah isu
yang telah dibangkitkan untuk menjatuhkan ekonomi Islam atau perniagaan Melayu
Bumiputera.
Ianya adalah isu jenayah kemanusiaan dan
ajaran sesat yang telah menjadi barah yang lambat diubati.
Marilah bersama kita membantu pihak PDRM
dan kerajaan Malaysia dalam membenteras ajaran sesat GISBH yang telah
memangsakan ramai rakyat Malaysia dari semua peringkat.
Jika pihak BERSATU, PAS (PN) dari
pembangkang tidak mampu untuk membantu, cukuplah dengan tindakan dari pihak
anda semua tidak mengganggu usaha murni ini dijalankan.
Semoga Allah memberikan taufiq dan
inayah-Nya buat kita semua.
Sekian. Wassalam.