Memaparkan catatan dengan label Maidam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maidam. Papar semua catatan

Isnin, 4 Januari 2016

MB TERENGGANU MEMAHAMI SERTA PRIHATIN MASALAH RAKYAT

Tempoh enam bulan peniaga vape habiskan stok

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri memberi tempoh enam bulan kepada pengusaha vape untuk menghabiskan stok mereka berikutan keputusan mengharamkan penjualan rokok elektronik itu bermula 1 Januari lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri juga akan cuba membantu 40 pengusaha vape yang terjejas pendapatan mereka  ekoran pengharaman itu dengan bantuan agensi kerajaan negeri seperti Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu.

Rabu, 4 Mac 2015

Berpakaian tidak sopan dan menjolok mata di khalayak ramai


MAIDAM PERLU MELAKSANAKANNYA DISETIAP DAERAH. JANGAN HANYA TERTUMPU DI KUALA TERENGGANU SAJA ???

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memberikan kaunseling kepada tujuh pasangan yang ditahan kerana berkelakuan tidak sopan dalam operasi Maidam baru-baru ini.


Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, semasa kaunseling itu mereka berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.


"Mereka ditahan mengikut Seksyen 34 dan 35 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001, di mana berpakaian tidak sopan dan menjolok mata di khalayak ramai adalah kesalahan.

Ahad, 27 Oktober 2013

MAIDAM buka empat lagi kelas SPAIT mulai Januari 2014


Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan membuka empat lagi kelas Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) di seluruh negeri ini bermula Januari 2014.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Omar Pilus berkata, kelas SPAIT yang bermula sejak tahun 2011, merupakan satu daripada inisiatif MAIDAM dalam mendekatkan masyarakat dengan ilmu agama secara formal dan berstruktur.


"Kelas SPAIT ini ditawarkan untuk golongan masyarakat yang berusia 25 tahun ke atas dan diadakan dua kali seminggu iaitu setiap hari Jumaat dan Sabtu.

"Kurikulum pengajian adalah berasaskan tiga subjek utama iaitu Tauhid, Feqah dan Tasawuf, yang akan diajar mengikut tahap kelas pengajian," katanya dalam sidang media sempena Majlis Pelancaran kelas SPAIT Tahap Mutawwassit di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Ladang baru-baru ini.

Rabu, 5 September 2012

JaHEAT kesan 11 masjid tidak diiktiraf


Gambar hiasan
Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JaHEAT) mengesan 11 buah masjid yang tidak diiktiraf kerajaan beroperasi di Terengganu sehingga mendorong berlaku kejadian solat berasingan dalam satu kariah.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, berkata berdasarkan rekod lapan masjid terletak di Besut, dua di Dungun dan satu di Marang.

Katanya, jumlah masjid tidak diiktiraf kerajaan semakin menurun berbanding 30 masjid ketika dikesan pada awal 1980 lalu.


Rabu, 18 Julai 2012

Kadar zakat fitrah RM7.60, RM7.00 dan RM4.50


Image Detail
Kadar zakat fitrah bagi negeri Terengganu pada tahun ini ditetapkan mengikut tiga kadar RM7.60, RM7.00 dan RM4.50, masing-masing menurun berbanding RM8.00, RM7.00 dan RM5.00 tahun lalu.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam), Dato’ Senara Muda, Dato’ Mazlan Hashim, berkata kadar fitrah itu diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan zainal Abidin.

“Sehubungan itu, mana-mana orang Islam yang akan menunaikan fitrah, boleh berbuat demikian sama ada dengan tunai mengikut tiga kadar berkenaan atau dibayar dengan beras dengan kadar timbangan 2.60 kilogram (Kg)atau dengan cupak bersamaan 2.97 cupak.
“Timbangan berat tersebut adalah mengikut nilaian berat satu gantang Baghdad,” katanya di Majlis Pengumuman Kadar Fitrah Bagi Negeri Terengganu Tahun 1432 H/2012 M, di Pejabat Maidam, Kuala Terengganu, hari ini.
Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Baitulmal Maidam, Encik Marzuki Endut.

Jumaat, 13 Julai 2012

Majlis Agihan Zakat Hari Raya Daerah Marang 2012


Rhu Rendang 12/07/2012 - Program berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 9.00 pagi. Seramai 1,529 orang penerima daripada kawasan DUN Rhu Rendang dengan melibatkan wang tunai sejumlah RM577,050.00 telah diagih-agihkan kepada mereka yang layak menerima.

Menurut Pegawai Executive Maidam Ustaz Maheran Yusof, bagi tahun ini beberapa garis panduan baru telah digubal semula bagi memastikan kesemua mereka yang layak menerima tidak terlepas pandang. Diantara garis panduan yang ditetapkan mengenai pemilihan serta penapisan adalah terdiri daripada tiga orang panel iaitu Pengerusi JKKK, Pengerusi Masjid dan Amil yang dilantik. Mereka-mereka inilah yang akan menentukan kelayakan penerima benar-benar menepati syarat terdiri daripada gulungan fakir dan miskin.

Isnin, 14 Mei 2012

Semua anak syarikat kerajaan wajib bayar zakat


Semua anak syarikat milik kerajaan Terengganu diminta supaya jangan memberi jawapan tidak munasabah kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sebagai alasan untuk tidak membayar zakat perniagaan.

Yang Dipertua Maidam, Dato' Senara Muda, Dato' Haji Mazlan Hashim, berkata pihaknya cukup kesal dengan sikap sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang ternama di Terengganu menjadikan alasan tidak perlu membayar zakat kerana mereka antara syarikat milik kerajaan.

Jumaat, 20 April 2012

Maidam ubah dasar agihan bantuan kepada asnaf


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah mengubah dasar agihan bantuan bulanan kepada penerima yang layak mengikut kepentingan isu rumah dan mula dibayar pada Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Wan Harujan Sulaiman berkata, sebelum ini kadar bantuan kepada asnaf ialah RM300 tanpa mengira jumlah tanggungan atau ahli isi rumah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...