Jumaat, 13 Julai 2012

Majlis Agihan Zakat Hari Raya Daerah Marang 2012


Rhu Rendang 12/07/2012 - Program berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 9.00 pagi. Seramai 1,529 orang penerima daripada kawasan DUN Rhu Rendang dengan melibatkan wang tunai sejumlah RM577,050.00 telah diagih-agihkan kepada mereka yang layak menerima.

Menurut Pegawai Executive Maidam Ustaz Maheran Yusof, bagi tahun ini beberapa garis panduan baru telah digubal semula bagi memastikan kesemua mereka yang layak menerima tidak terlepas pandang. Diantara garis panduan yang ditetapkan mengenai pemilihan serta penapisan adalah terdiri daripada tiga orang panel iaitu Pengerusi JKKK, Pengerusi Masjid dan Amil yang dilantik. Mereka-mereka inilah yang akan menentukan kelayakan penerima benar-benar menepati syarat terdiri daripada gulungan fakir dan miskin.

Peningkatan jumlah bayaran setiap seorang kepada RM350 dan RM450 juga mengikut tanggungan. Manakala penerima yang menerima bantuan bulanan Maidam adalah dikecualikan daripada menerimanya.


Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Dalam ucapan ringkasnya beliau berharap penerima-penerima daripada menggunakan wang zakat yang diterimanya itu sebaik mungkin, berlebih-lebih lagi menjelangnya bulan Ramadhan tidak berapa hari lagi.


Menurut beliau lagi, Kerajaan Negeri sentiasa peka dan mengambil berat diatas ketidakmampuan rakyatnya, berlebih-lebih lagi saat-saat menyambut Sambutan Hari Raya Adil Fitri yang akan tiba. Segala-galanya kerajaan telah bantu dengan bermacam-macam dana yang diaturkan demi untuk kesejahteraan rakyat.

Oleh yang demikian beliau berharap dan memohon kepada semua penerima-penerima bantuan, agar tidak teragak-agak memberikan bantuan serta sokongan sepenuhnya kepada kerajaan yang memerintah iaitu Barisan Nasional didalam PRU yang ke 13 akan datang.

Untuk paparan selanjutnya sila layari dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...