Jelajah Janji Ditepati Selangor ini bermula awal pagi lagi, apabila PM bersarapan dan mendengar aduan dari penduduk Bangi di Pasar Awam Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Perdana Menteri yang tiba tepat jam 9.00 pagi meluangkan masa kira-kira satu jam setengah mendengar permasalahan rakyat.
Acara santai mengadu sambil menikmati makan pagi bersama Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya memang berkesan, ramai yang beratur panjang untuk bertemu dengan Najib.
Apa yang menarik adalah, Najib bukan sahaja mendengar bahkan cuba menyelesaikan masalah tersebut di situ juga.
Kes E. Yellappan dan isterinya N Ranee (gambar bawah) adalah contoh jelas, N Ranee, 53, cacat anggota dan sudah disitiharkan tidak boleh bekerja sejak 10 tahun lepas, namun beliau menghadapi masalah untuk mengeluarkan caruman Perkesonya, semua dokumen lengkap tetapi kerenah birokrasi menyukarkan beliau.
"Pergi jumpa ini menteri...," kata Najib pada N Ranee, merujuk kepada Naib Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam yang kebetulan merupakan Menteri Sumber Manusia.
Mudah, bersahaja dan berkesan.
Artikel selanjutnya sila KLIK DISINI