Selasa, 24 Julai 2012

GOLONGAN REMAJA TIDAK DILUPAKAN


Rhu Rendang 23/07/2012 - Pengagihan Dana Bakti Remaja peringkat DUN Rhu Rendang masih lagi diteruskan bagi peti undi RAKR Desa Permai, Bukit Gasing, Rusila, Taman Bukit Indah dan Taman Rashidah dengan melibatkan sejumlah 514 orang remaja. Majlis diadakan disebelah paginya bermula jam 9.00 di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Manakala disebelah petangnya pula penagihan Dana Bakti Remaja bagi peti undi Bandar Marang, Alor Pak Pang, Sg. Kerak, Sentol Patah, Gong Nangka dan Tertak Batu dengan melibatkan seramai 544 orang remaja.

Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, yang turut hadir Pengerusi APMT Parlimen Marang, En. Anuar Yahya,  Penghulu Mukim Pulau Kerengga, Penghulu Mukim Bandar Marang serta Ketua/Timbalan Pemuda DUN Rhu Rendang.

Dalam ucapan ringkasnya Tuan Haji Nik Dir menyatakan bahawa golongan belia perlu bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka. Beliau juga berharap golongan belia akan mendaftar sebagai pemilih apabila mereka layak berbuat demikian dan memilih pemimpin yang mampu membela nasib mereka apabila tiba hari mengundi.



Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...