Isnin, 30 Julai 2012

Janji Ditepati - Bantuan Mangsa Kebakaran di Kg. Darat Pak Chan


Rhu Rendang 29/07/2012 - Janji Ditepati - Bantuan kepada mangsa kebakaran yang berlaku pada 16/06/2012 di Kg. Darat Pak Chan, En. Dzu bin Muda, 42 tahun, tinggal sehelai sepinggang bersama keluarga akibat kebakaran yang berlaku dirumahnya pada hari tersebut.

Dengan keprihatinan Kerajaan Negeri telah membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa, pada hari ini 29/07/2012, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah menyampaikan bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM25,000.


Mangsa kebakaran En. Dzu bersama keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri serta Tuan Haji Nik Dir dan mereka-mereka yang terlibat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga ini. Berlebih-lebih lagi dengan hampirnya hari lebaran yang akan datang tidak beberapa hari lagi.

Paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...