Rabu, 27 Februari 2013

JANJI DITEPATI - KEBAJIKAN IBU TUNGGAL TIDAK DIABAIKAN

Rhu Rendang 26/02/2013 - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama Penghulu Rusila En. Hazizi telah mengadakan lawatan ke rumah seorang ibu tunggal Puan Maziah binti Sulong, 42 tahun di Kg. Rhu Dua, Marang.

Lawatan tersebut diadakan adalah susulan permohonan Puan Maziah telah mendapat kelulusan untuk membina rumah PPRT ditanah beliau, dimana rumah kediaman yang diduduki selama 23 tahun mengalami banjir setiap kali hujan lebat, akibat daripada pembinaan rumah bersebelahan dengan menenggelamkan sebahagian daripada rumah beliau.

Akibat daripada banjir tersebut, keseluruhan bahagian dapur rumahnya tidak boleh digunakan oleh kerana keseluruhan lantai, tiang rumah menjadi reput dan menunggu masa untuk runtuh.


Puan Maziah bekerja sendiri sebagai tukang urut tradisional wanita sejak beberapa tahun bagi menanggung perbelanjaan 2 orang anak beliau yang masih menuntut di Pusat Pengajian Tinggi.

Kesedihan yang dialaminya selama ini terubat apabila Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir telah memaklumkan bahawa pembinaan rumah PPRT akan disegerakan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...