Khamis, 21 Februari 2013

Janji Ditepati - Dua pemimpin bertemu rakyat DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang 20/02/2013 - Janji Ditepati - Dua orang pemimpin yang tidak asing lagi bagi warga DUN Rhu Rendang dan Daerah Marang iaitu YB Senator Datuk Haji Abdul Rahman Bakar dan Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku berganding bahu bertemu dan bermesra dengan warga DUN Rhu Rendang di Majlis yang diadakan di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Program yang dimaksudkan itu adalah Pengagihan BR1M 2.0 siri ke 8 dan terakhir untuk Fasa Pertama seramai 643 orang dengan jumlah RM321,500.00 serta Pengagihan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat seramai 1860 orang melibatkan wang tunai berjumlah RM460,300.00.

Program berlangsung didalam keadaan suasana yang cukup ceria dan mendapat mandat yang cukup padat daripada penerima-penerima yang hadir.

 

Dalam ucapan ringkas YB Senator Datuk Haji Abdul Rahman Bakar menjelaskan bahawa sebagai rakyat Negeri Terengganu tentu berasa syukur kepada Allah S.W.T yang telah memberikan kenikmatan serta kesejahteraan yang tidak ternilai kepada kita semua.

Selain daripada itu juga beliau mengingatkan supaya kita semua tidak lupa kepada Kerajaan Barisan Nasional yang telah membantu menaikkan taraf hidup rakyat Terengganu terutama di Daerah Marang, keluar daripada kepongpong kemiskinan.


Ingatan juga telah diberi oleh Tuan Haji Nik Dir kepada semua penerima agar tidak menimbulkan suasana yang tidak sihat kita menjelangnya Pilihanraya yang akan datang. Dimana terdapat sekumpulan penyokong PAS yang telah cuba menimbulkan keadaan yang menyalahi undang-undang negara dengan tidak membenarkan ahli BN untuk memasang bendera BN di kawasan Bukit Chendering.


Jika ahli BN memasang juga bendera, maka pertumpahan darah akan berlaku. Ini adalah berbentuk ugutan yang tidak sepatutnya timbul daripada kita sebagai orang Islam dan sesama Melayu yang inginkan hidup didalam keadaan aman dan damai.

Oleh yang demikian kita semua perlu ingat dan berfikirlah sebaik mungkin agar tidak memilih parti yang tidak akan menjamin masa depan yang cemerlang.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook dan KLIK DISINI dan DISINI




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...