Isnin, 4 Februari 2013

Program PASCA Perkahwinan 'Semarak Kasih' 2013

Rhu Rendang 03/02/2013 - Program PASCA Perkahwinan 'Semarak Kasih' 2013  anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah diadakan pada hari ini di Dewan Perpustakaan Daerah Marang yang dihadiri 100 orang peserta terpilih.

Program bermula dari jam 2.30 petang dan selesai jam 5.00 pm yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. 

Penceramah undangan adalah YBhg Tuan Haji Kamalrudin Omar telah menyampaikan pelbagai panduan kepada peserta yang hadir terdiri daripada ibu/bapa tunggal, mereka yang akan melangsungkan perkahwinan serta dikalangan yang sudah berumah-tangga.

Program yang dianjur oleh Kerajaan Negeri Terengganu adalah bertujuan untuk membantu rakyat demi untuk keselesaan, kesejahteraan serta kebahagiaan rumah tangga.

Menurut Tuan Haji Nik Dir, beliau merasakan bertuah dan mengucapkan syabas serta tahniah kerana Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu telah berjaya mengadakan program yang begitu bermakna dan telahpun diadakan setiap tahun terutama di kawasan DUN Rhu Rendang.

Beliau berharap program seumpama ini akan berterus dimasa-masa mendatang sepertimana yang diharapkan.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...