Memaparkan catatan dengan label Anuar Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anuar Ibrahim. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Jun 2018

GUAN ENG UMPAMA BEROK DAPAT BUNGA


SHAH ALAM - GUAN ENG seharusnya lebih peka dengan teguran Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyarankan tanggungjawab membongkar salah laku diserahkan kepada menteri atau agensi lain.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata ketidaktentuan ekonomi hari ini dipengaruhi kenyataan-kenyataan Guan Eng yang tidak konsisten.
“Beliau seharusnya lebih peka dengan teguran Datuk Seri Anwar yang dilihat lebih selari dengan aspirasi rakyat berbanding terus kekal dengan mentaliti pembangkang.

“Keadaan ketidaktentuan ekonomi negara hari ini banyak dipengaruhi oleh kenyataan beliau yang tidak konsisten khususnya dalam menjelaskan angka sebenar hutang negara.

“Hal tersebut telah menjejaskan pasaran modal sehingga berlaku penarikan dana besar-besaran oleh pelabur luar negara dari Bursa Malaysia sehingga mencecah RM 5.8 bilion (paling tinggi pada tahun 2018),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, melalui wawancara khas bersama Astro Awani, Anwar berkata setiap kenyataan Menteri Kewangan akan merujuk terus kepada pelabur dan seeloknya tugas membongkar penipuan diserahkan kepada menteri lain atau SPRM.

Menurut Anwar langkah itu akan membolehkan Guan Eng memberi keutamaan kepada usaha meyakinkan pelabur.

Sementara Guan Eng melalui laporan media tempatan menghargai teguran itu namun beliau akan tetap membongkar skandal kewangan itu selaras dengan arahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, Khairil berkata, kedudukan Guan Eng sebagai menteri telah bermasalah sejak awal lagi.

“Isu ini pernah ditimbulkan sendiri oleh Perdana Menteri dan Pengarah Eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) berhubung dua dakwaan salah laku Guan Eng sewaktu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Kes ini masih berjalan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan ia jelas menimbulkan konflik berkepentingan. Berdasarkan integriti, beliau sewajarnya mengambil cuti sehingga kes beliau diselesaikan,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI


Selasa, 17 April 2012

Gobala dakwa orang Anwar cuba belinya ...tawar projek RM440 juta dan jawatan jika menang PRU13.


gobala440
Sejak keluar PKR dan jadi wakil rakyat Bebas parlimen Padang Serai,Kedah ,N.Gobalakrishnan macam hilang control dan hilang sabar kalau lihat Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun berucap atau berbahas di Dewan Rakyat.

Beliau mesti bangun dan akan mempertikai apa Ketua Pembangkang itu cakap termasuk menuduh Anwar berbohong, penipu dan macam-macam lagi.

Rabu, 7 Mac 2012

Mengundi Anwar Ibarat Menempah Bilik Neraka!

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu tidak pernah terlepas daripada perhatian ramai. Ada sahaja isu dan kontroversi membabitkan beliau.


Salah satu isu yang pernah mengemparkan tanahair mengaitkan beliau dengan seorang suri rumah beberapa tahun lalu, hangat kembali diperkatakan kebelakangan ini. Ini ekoran tersiarnya menerusi blog apa yang dikatakan sebagai 'rakaman perbualan berbau seks' antara beliau dan wanita berkenaan.

Ahad, 4 Mac 2012

ANUAR DIHALAU KELUAR DARI MALAYSIA !!!!


NGO lapor polis Ketua Pembangkang maki kaum India


Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Alternative Action Team (AAT) hari ini membuat laporan polis berhubung kata-kata kesat terhadap kaum India yang dikeluarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di Bagan Pinang, Negeri Sembilan pada 2009.

Laporan itu dibuat Presidennya, B. Kalai Vanar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini kira-kira pukul 2 petang, selepas menonton dua rakaman ceramah yang disiarkan dalam laman Youtube minggu lalu.

Ahad, 11 September 2011

Bukti Anwar semakin terdesak



KUALA LUMPUR 9 Sept. - Pendedahan bahawa wujud pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks supaya menyiarkan berita kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai konspirasi kerajaan membuktikan Ketua Pembangkang itu semakin terdesak untuk memulihkan imejnya yang sudah tercalar.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari tidak terkejut dengan pendedahan tersebut kerana percaya situasi yang sedang dihadapi Anwar memungkin beliau mengambil apa sahaja tindakan untuk memulihkan kembali imejnya.

"Saya tidak terkejut dengan pendedahan tersebut kerana situasi Anwar yang sangat terdesak ketika ini. Beliau sendiri tahu bahawa imejnya sangat teruk sekarang, orang ramai juga mula sedar dengan sikap putar alamnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...