Ahad, 4 Mac 2012

ANUAR DIHALAU KELUAR DARI MALAYSIA !!!!


NGO lapor polis Ketua Pembangkang maki kaum India


Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Alternative Action Team (AAT) hari ini membuat laporan polis berhubung kata-kata kesat terhadap kaum India yang dikeluarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di Bagan Pinang, Negeri Sembilan pada 2009.

Laporan itu dibuat Presidennya, B. Kalai Vanar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini kira-kira pukul 2 petang, selepas menonton dua rakaman ceramah yang disiarkan dalam laman Youtube minggu lalu.


Rakaman pertama berdurasi satu minit 29 saat manakala rakaman kedua berdurasi 38 saat telah dimuat naik sejak dua tahun lalu, ditonton oleh lebih 27,000 orang.

Menurut Kalai Vanar, kedua-dua rakaman itu menyiarkan kata-kata kesat berbaur lucah yang menghina kaum India serta yang beragama Hindu dikeluarkan Anwar dalam ceramah Kempen Pilihan Raya Kecil di Bagan Pinang pada 9 Oktober 2009.

"Dia pelakon handalan, jika majoriti yang hadir ke ceramah kaum Melayu, dia tunjuk pembela nasib kaum Melayu. Jika yang hadir kaum Cina, dia tunjuk pembela nasib kaum Cina.

"Tetapi kerana yang hadir ketika beliau (Anwar) menyampaikan ceramah di Bagan Pinang itu kurang kaum India, maka dia sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata maki hamun terhadap kaum India," katanya selepas membuat laporan polis hari ini.

Turut hadir, wakil Kelab Perpaduan Insan Selangor dan Persatuan Kemajuan Tamil Malaysia.

Kalai Vanar memberitahu, laporan polis tersebut dibuat supaya satu tindakan tegas diambil terhadap Anwar berikutan kata-kata kesat yang dikeluarkannya dan menyinggung hati kaum India selain menjejaskan keharmonian negara.

Beliau berkata, polis telah memanggilnya untuk memberi keterangan berhubung laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan pada petang ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...