Ahad, 11 Mac 2012

PROGRAM SEPAGI PENDEKAR DUN RHU RENDANG


Rhu Rendang 10/03/2012 - Sempena meraikan konvoi berkereta dan bermotosikal berkuasa tinggi, 'PENDEKAR 37' telah singgah di DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu dimana telah disambut dengan meriahnya di Dewan Perpustakaan Daerah Marang oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pengerusi JKKK serta penduduk DUN Rhu Rendang.


Turut hadir Pengarah Kementerian Kebudayaan Negeri Terengganu, Pengerusi 'Pendekar37' Tuan Haji Mohd Noor Endut.



Sejumlah 37 buah kereta jenis VIVA, 37 buah motosikal berkuasa tinggi dan 37 orang ahli Pencak Silat 'Spelek Gunung Jati' Kg. Kijing mengambil bahagian dalam program yang diadakan.



Kumpulan tersebut akan menjelajah keseluruh DUN dikawasan Parlimen Marang dalam menjayakan misi yang telah diatur oleh pihak penganjur.


Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...