Marang 17/03/2012 - Program Pertandingan Lumba Basikal Berkumpulan dan Basikal Klasik serta Basikal Berhias anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang dengan kerjasama TER Survival Outdoor telah diadakan di Dataran Majlis Daerah Marang.
Pertandingan bermula jam 10.00 pagi dari dataran serta melalui laluan yang ditetapkan dengan jarak kayuhan lebih kurang 5 KM dan berakhir ditempat yang sama.
Objektif program adalah untuk membina ketahanan diri belia yang kuat dari segi mental dan fizikal, melahirkan generasi belia yang sihat dan cergas, memupuk minat terhadap aktiviti berbasikal serta membentuk peserta yang kreatif dan inovatif selain memupuk semangat kerjasama antara peserta.
Program penutupan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.