Rabu, 7 Mac 2012

Mengundi Anwar Ibarat Menempah Bilik Neraka!

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu tidak pernah terlepas daripada perhatian ramai. Ada sahaja isu dan kontroversi membabitkan beliau.


Salah satu isu yang pernah mengemparkan tanahair mengaitkan beliau dengan seorang suri rumah beberapa tahun lalu, hangat kembali diperkatakan kebelakangan ini. Ini ekoran tersiarnya menerusi blog apa yang dikatakan sebagai 'rakaman perbualan berbau seks' antara beliau dan wanita berkenaan.



Perbualan Mat sabu dengan seorang wanita yang dikenal pasti Normah Halim, iaitu isteri Mat Sabu yang sah sekarang. Namun rekod perbualan tersebut berlaku semasa Normah Halim masih lagi menjadi isteri orang. Juga terdapat transkrip perbualan antara lelaki dan wanita berkenaan agar diketahui apa diperbualkan mereka. Menurut maklumat disiarkan dalam rakaman itu, ia melibatkan kejadian pada tahun 1994, di Kelantan.
Ketika mereka berdua ditangkap atas tuduhan berkhalwat, akhbar rasmi PAS, Harakah juga telah menyiarkan 'berita' yang mengejutkan itu! Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'Mat Sabu hanya berkhalwat'! Adakah memang SAH beliau berkhalwat, tetapi terlepas disebabkan kesalahan teknikal? Mungkin Mat Sabu bernasib baik kerana jika beliau disabitkan dengan kesalahan 'berkhalwat' maka beliaulah pemimpin PAS yang pertama bakal menjalani hukuman HUDUD di Kelantan ketika itu!

Mungkin ramai terutama orang muda telah mengikuti rakaman tersebut. Mereka terkejut. Isu itu cukup serius dan jika benar, ia boleh memburukkan lagi imej PAS. Apatah lagi Mat Sabu merupakan orang nombor dua dalam parti yang berlabel Islam.

Setakat ini, kelihatan tiada reaksi daripada Mat Sabu. Beliau diam membisu dan sepatutnya beliau berhak dan perlu diberi peluang untuk mempertahankan diri. Maka sewajarnya Mat Sabu tampil membersihkan namanya. Apakah pendedahan rakaman perbualan itu suatu fitnah atau konspirasi - jawapan yang selalu digunakan oleh pemimpin pembangkang? Atau mungkin juga mereka akan mengatakan ini semua kerja UMNO!

Apa sahaja kenyataan beliau pasti ditunggu-tunggu untuk dinilai oleh orang ramai. Dalam ceramah-ceramahnya, beliau selalu menyentuh tentang tanggungjawab moral kepada rakyat dan integriti. Ramai tahu Mat Sabu merupakan Timbalan Pengerusi sekretariat penganjuran Bersih 2.0 yang telah mengadakan perhimpunan haram tahun lalu. 

Yang menjadi bos atau pengerusinya bagi sekretariat itu adalah S. Ambiga. Sudah tentu beliau lebih dituntut untuk kelihatan bersih termasuk daripada dakwaan skandal dan isu akhlak. 


Mat Sabu mungkin tidak akan lupa peristiwa yang berlaku pada tahun 1996 di Hotel dalam bilik bernombor 121 di Kelantan! Ketika tu, Anwar Ibrahim jadi Timbalan Perdana Menteri telah menggunakan segala jentera media kerajaan khususnya media elektronik untuk mengaibkan Mat Sabu dan menggelar Mat Sabu sebagai ROMEO dalam PAS.

Untuk balas balik tuduhan Anwar, Mat Sabu telah mengadakan satu roadshow ke seluruh negara dan semasa itulah gelaran AL JUBURI telah dilabelkan oleh Mat Sabu kepada Anwar..?

Pelik jugakan mengapa sampai hari ini beliau tidak menangkis dakwaan tersebut? Adakah oleh kerana Normah Halim sudah menjadi isteri Mat Sabu yang sah sekarang, maka adalah lebih baik untuk beliau berdiam diri! Mengelak daripada menjawab dan berdiam juga boleh ditafsir oleh rakyat bahawa dakwaan itu benar. Mat Sabu tentu lebih faham. Wallahuallam.

PAS kata : Mengundi Anwar Ibarat Menempah Bilik Neraka!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...